seismik

'Neelofa Perlu Bertaubat' - Pesanan Mufti Perak & Mufti Negeri Sembilan. Deep!

Tiada niat untuk mengecam, hanya menyampaikan pesanan.

Cover image via Harian Metro

Baru-baru ini, telah viral di media sosial tentang beberapa video ketika majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa oleh pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa di sebuah kelab malam

Image via Berita Harian

Namun, ramai yang menentang cara dan konsep Neelofa menganjurkan majlis pelancaran tudung itu. Neelofa juga telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan mengenai isu tersebut.

Artikel berkaitan: Reaksi Neelofa Selepas Dikecam Oleh Netizen

Tindakan Neelofa telah meraih pelbagai reaksi netizen dan beliau juga telah menerima teguran dari Mufti Perak dan Mufti Negeri Sembilan

Kiri: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria & Kanan: Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad

Image via Harian Metro

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, komen ringkas daripada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung tindakan Neelofa ini adalah beliau (Neelofa) perlu bertaubat.

Tan Sri Harussani juga berkata bahawa umat Islam dilarang mendekati tempat maksiat kerana hukumnya sudah jatuh haram jika tempat berkenaan terdapat unsur melanggar syarak.

Image via Berita Harian

Mufti Negeri Sembilan iaitu Datuk Mohd Yusof Ahmad menyifatkan tindakan Neelofa adalah salah kerana bersubahat melakukan perkara berunsur maksiat

Menurut Datuk Mohd Yusof, perbuatan itu haram kerana gerak-geri perempuan ditontonkan kepada lelaki bukan mahram.

"Apa pun alasan diberikan, saya tetap menganggap ia salah kerana pusat hiburan menjual minuman keras dan memabukkan. Buatlah sesuatu yang baik dengan cara dan jalan yang betul," katanya kepada wartawan Harian Metro.

Mohd Yusof juga berkata, Neelofa perlu muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada tindakan yang dilakukannya itu dan mohon ampun kepada Allah serta berazam tidak mengulanginya lagi. Bagi kepentingan perniagaannya, lebih elok jika dia mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan perbuatannya itu.

Sementara itu, Profesor Institut Pengurusan Fatwa Sedunia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, nama kelab malam itu tidak salah jika tiada sebarang unsur bertentangan syarak.

“Jika tiada arak, tidak membuka aurat dan tiada pergaulan bebas, tiada masalah walau di mana pun pelancaran tudung itu diadakan.

“Yang penting adalah pengisian di kelab itu, jika lancar tudung di rumah tetapi melanggar hukum syarak pun tidak boleh. Jika di pihak Neelofa sendiri mengatakan tiada arak, kita tidak boleh mengandaikan ada benda terlarang itu,” ujarnya.

Apa pendapat anda mengenai isu ini?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih perkongsian menarik di SEISMIK!

You may be interested in: