Netflix Umum Naikkan Harga Langganan Untuk Kesemua 4 Pelan Di Malaysia Bermula September Ini

Kenaikan harga itu juga melibatkan slot ahli tambahan untuk perkongsian akaun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Netflix & Yahoo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Netflix telah menaikkan harga langganan bulanan bagi semua peringkat pelannya di Malaysia

Platform perkhidmatan penstriman itu menaikkan harga pelan Mobile, Basic, Standard, dan Premium di Malaysia dengan kadar baharu berkuat kuasa serta-merta.

Kenaikan harga itu juga melibatkan slot ahli tambahan untuk perkongsian akaun.

SAYS.com
Image via Freestocks.org / Pexels

Berikut ialah jumlah bayaran yang akan dikenakan kepada pelanggan Netflix bagi setiap peringkat pelan

  • Mobile Plan: RM19.90 sebulan, meningkat RM1 dari RM18.90
  • Basic Plan: RM33.90 sebulan, meningkat RM4 darivRM29.90
  • Standard Plan: RM55.90 sebulan, meningkat RM6 dari RM49.90
  • Premium Plan: RM69.90 sebulan, meningkat RM7 dari RM62.90

Yuran untuk ahli tambahan juga telah meningkat

Sebelum ini, kos untuk menambah seorang individu di luar isi rumah ialah RM13, namun harga tersebut kini meningkat kepada RM14.90 bagi setiap slot tambahan.

Caj tambahan ini dikenakan kepada pelanggan pelan Standard dan Premium yang menggunakan ciri perkongsian akaun.

Menurut Netflix, pelarasan harga ini bertujuan membantu syarikat untuk terus menyediakan filem, dokumentari dan rancangan televisyen yang baharu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik