seismik

Netizen Cuba Teka Warna Baju Yang Akan Dipakai PMX Untuk Pembentangan Belanjawan 2025

Korang rasa warna apa?

Cover image via Kementerian Kewangan (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai yang tidak sabar menunggu untuk mendengar pembentangan Belanjawan 2025 hari ini

Ia akan dibentangakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen jam 4 petang ini.

Bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', ia adalah belanjawan ketiga oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Netizen cuba teka warna baju PMX

Sementara itu, meninjau di laman Facebook Kementerian Kewangan, pihaknya turut mengajak orang ramai untuk meneka warna pilihan pakaian Anwar yang juga Menteri Kewangan.

"Apakah warna pilihan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk pembentangan Belanjawan 2025?," tulisnya.

Ciapan berkenaan mendapat perhatian dan ramai yang memberi tekaan mereka masing-masing mengenainya.

Menerusi hantaran itu, disertakan gambar Perdana Menteri dilihat segak berpakaian baju Melayu lengkap warna biru muda berserta samping ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Lihat antara komen-komen daripada netizen di Facebook:

Agak-agak warna apa jadi pilihan PMX kali ini ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: