Nokia Perkenal Model Baru ‘Nokia 150' Dengan Bateri Tahan Sebulan. Sebiji Macam 3310!

Siap ada game 'Snake' lagi!

  • Cover image via SAYS

Anda masih ingat telefon bimbit yang menjadi kegemaran orang ramai satu ketika dulu, Nokia 3310?

Image via keepo.me

Tampil dengan warna biru berani dan tebal, Nokia 3310 boleh dikatakan antara telefon bimbit yang sangat lasak dan tahan lama.

Bukan setakat itu, Nokia 3310 juga sangat dikenali dengan permainan Snake yang menjadi kegemaran setiap penggunanya. Buat mereka yang bercita-cita menjadi komposer, anda boleh menghasilkan nada dering yang anda inginkan dengan menggunakan music composer yang disediakan. Seronok kan?

Pagi tadi, Nokia yang kini di bawah naungan HMD Global memperkenal satu model baru iaitu Nokia 150 yang pasti menarik perhatian anda!

Boleh dikatakan, Nokia 150 mempunyai fungsi dan spefikasi yang sama seperti Nokia 3310 yang anda gunakan dulu. Sama dengan beberapa produk Nokia yang yang dikeluarkan sebelum ini, Nokia 150 juga tersedia dalam dua pilihan iaitu single sim dan dual sim dan dilengkapi dengan kawalan keypaid klasik, skrin 2.4 inci, Bluetooth 3.0, dan juga pemain radio dan MP3.

Lebih menarik, bateri dengan kapasiti 1,020 mAh yang dimuatkan ke dalam peranti ini mampu memberi ketahanan selama hampir sebulan!

Di Malaysia, ia ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih, serta dijual pada harga RM159 sahaja. Murah gila!

Walaupun Nokia 150 bukanlah sejenis telefon pintar, namun ia hadir dengan permainan kegemaran ramai iaitu Snake Xenzia yang mampu mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan syarikat tersebut suatu ketika dulu.

Para pengguna juga dapat merakam gambar dan video dengan kehadiran kamera VGA serta sokongan lampu LED. Ia juga dicaj dengan menggunakan standard micro-USB charger dan turut mempunyai Bluetooth yang membolehkan anda berkongsi gambar, video, dan fail lain bersama rakan-rakan.

Image via www.lowyat.net

Jadi bagaimana, sudah bersedia menjadikan Nokia 150 sebagai telefon bimbit kedua anda dan mengembalikan memori Nokia 3310 yang lama?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment