seismik

Nor Farah Ain Dinobat Pemain Nombor Satu Dunia Di World Bowls Series, Tahniah!

Hebatlah anak Malaysia!

Cover image via Sinar Harian & Hannah Yeoh (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jaguh boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila mencipta sejarah dengan bergelar pemain nombor satu dunia baru-baru ini

Menurut laporan Sinar Harian, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series.

Pemain dari Scotland, Julie Forest, berada di posisi kedua selepas mengumpul 683 mata, manakala Kelsey Cottrell dari Australia berada di tangga ketiga dengan 676 mata.

Nama Nor Farah mencuri perhatian selepas dia berjaya melakar sejarah dengan meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada April tahun lepas.

Pemain berusia 24 tahun itu turut memberi sumbangan besar kepada skuad negara apabila membantu meraih pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut mengucapkan tahniah buat Nor Farah menerusi hantaran beliau di Facebook

"Saya berbesar hati dapat berjumpa dengan atlet boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah yang muncul sebagai Juara Dunia baharu pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 yang berlangsung di Guernsey baru-baru ini.

"Saya amat teruja dengan kesungguhan dan dedikasi beliau. Teruskan perjuangan anda dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia," tulisnya.

Tahniah sekali lagi buat Nor Farah Ain! We are proud of you!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: