"Not Perfect Job, But.." - Graduan Ini Tetap Bersyukur Dapat Kerja Walaupun Di Kedai Makan
Susah sekarang nak cari kerja kan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Saban hari, semakin ramai graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran mereka dengan cemerlang
Sudah tentu, perkara utama yang difikirkan selepas tamat pengajian adalah bekerja. Siapa saja yang tidak mahu kerja idaman mereka dengan kelayakan yang ada betul tak?
Namun, realitinya bukanlah seperti yang disangka kerana mahu mendapat kerja itu sangatlah susah di samping dengan lambakan graduan yang ada.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang gadis berkongsi apakah pekerjaannya selepas tamat pengajian telah mendapat reaksi ramai.
Lihat video itu di bawah:
Masih bersyukur walaupun pekerjaan sekarang bukan yang diinginkan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi apakah course yang diambilnya semasa zaman belajar dan apakah pekerjaannya sekarang.
Difahamkan, dulunya dia mengambil Bachelor of Science With Honours (Chemistry), namun kini dia berkongsi hanya bekerja sebagai staf di sebuah restoran makanan segera.
Pun begitu, dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai kerja kerana ia sukar dicari pada zaman sekarang.
"No perfect job, but riqz is from Allah," tulisnya.
"After grad kita masuk survival mode. So, kerjalah apa sekali pun, Allah yang tentukan rezeki" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi nasib yang sama dan ada juga yang memberikan kata-kata semangat buatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.7M views, 335.5K likes dan 10.2K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!