seismik

Viral Lelaki Gantung Banner Cari Jodoh, Tak Sangka Terima Lebih 10K DM Untuk Jadi Isteri

Semangat bang!

Cover image via @ariffpeterhensem01 (Twitter) & @ariffpeter_ (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, mencari pasangan hidup bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita perlu berusaha untuk mendapatkannya

Jodoh itu bukanlah datang bergolek dan disebabkan itu ramai yang mengambil pelbagai pendekatan untuk mencari pasangan mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki bertekad mencari jodoh sehingga menggantung banner di tepi jalan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@ariffpeterhensem01

Kita yang tak hensem ni kenalah cari bakal isteri bersungguh-sungguh ‍

original sound - Ariff Peter

Terkejut terima lebih 10K mesej nak jadi calon isteri

Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Ariff itu berkongsi perjalanannya yang berusaha untuk mencari jodoh buat dirinya.

Dia sehingga membuat banner, mengedarkan flyers dan juga menawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan teman hidup untuknya.

Malah, apa yang lebih mengejutkan dirinya adalah, dia tidak menyangka bakal mendapat lebih 10,000 permohonan untuk menjadi calon isterinya dalam masa tiga hari.

Dia mendapat lebih 5,000 calon di WhatsApp dan meraih lebih 8,000 calon di Instagram serta mendapat lebih 1,000 calon di TikTok.

Lihat video lain itu di bawah:

"Semoga Allah kurniakan jodoh yang terbaik untuk abang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menitipkan doa buatnya dan ada juga yang sempat merekomen rakan-rakan atau ahli keluarga mereka untuk dikenali.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 349.9K views, 20.7K likes dan 1,127 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Ramai tu minta jadi calon, famous terus abang ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: