seismik

Ojen Aiwahhh, Cik Epal Tampil Kolaborasi Bersama Hasilkan Kunafa Aiwahhh Perisa Madu 3

Kunafa Aiwahhh perisa Madu 3 itu berasaskan emping jagung dan madu.

Cover image via @ojennn_aiwahh (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketika kudapan manis, Kunafa dari Timur Tengah mendunia beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, ia membangkit cetusan idea buat personaliti TikTok dan usahawan muda popular, Ojen Aiwahhh, 29

Lalu sejak 2022, jenama Kunafa Aiwahhh yang berpaksikan tekak orang Melayu dilancarkan Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli.

Bermula dengan perisa asli di pasaran, ia berevolusi menjadi fenomena hingga menjadi variasi sebanyak tujuh pilihan perisa lain termasuklah Red Velvet, Dark Indulgence, Lumut Cheese, Biscoff, Choc Oreo dan Hazelnut Nutella.

Seterusnya, baru-baru ini hadir pula perisa kelapan, Madu 3 berasaskan emping jagung yang dilancarkan secara kolaborasi bersama teman baiknya, pempengaruh dan usahawan kontroversi, Cik Epal.

Pengasas Kunafa Aiwahhh, Ojen Aiwahhh

Image via @ojennn_aiwahh (TikTok)

Ditanya Ojen mengenai kerjasama itu yang dilihat seperti menangguk di air keruh di atas kisah panas keretakan rumah tangga 'bestie'nya, bekas penuntut bahasa Arab di Yaman itu tidak melatah.

"Kalau ada yang kata kerjasama ini cuba ambil kesempatan fasal cerita itu, saya kurang bersetuju. Mungkin ia hanya kebetulan. Apa yang saya boleh tekankan kerjasama ini lebih kepada menolong antara satu sama lain.

"Saya sendiri bersimpati dengan apa yang berlaku dalam kisah rumahtangganya.  Cik Epal sendiri turut membantu menyebar luas jenama kunafa Aiwahhh.

"Sebagai sahabat, saya tak mahu hanya muncul pada waktu  senang. Biarlah ketika susah juga. Dapat juga saya kongsi rezeki dengannya sekali gus dia boleh meneruskan survival kehidupan solo bersama anak.  Dulu dia ada tangan untuk dipimpin (merujuk kepada suami), tapi kini sebagai ibu tunggal," kata Ojen.

Pemilihan perisa Madu 3 juga bukan gimik dan tiada kaitan dengan tempias rumah tangga Cik Epal

Tambah pelantun lagu Hubb itu lagi, idea kolaborasi sudah dirancang lama.

"Bukan tiba-tiba saja nak keluarkan perisa Madu 3 ini. Nak keluarkan mana-mana perisa baharu perlu ada R&D (penyelidikan dan pembangunan).

"Tambah pula saya tak pernah berkolaborasi dengan mana-mana artis atau pempengaruh. Jadi kenapa tidak saya tampilkan Cik Epal saja untuk kolaborasi sulung ini," katanya.


Ojen Aiwahhh dan Cik Epal

Image via @ojennn_aiwahh (TikTok)

"Pemilihan nama perisa Madu 3 bukan suka-suka. Tapi sebab perisa ini menggunakan tiga jenis madu iaitu honeycomb, drizzle madu dan campuran emping jagung bersama madu. malah perisa ini juga ada tiga lapisan," ujarnya lagi.

Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Ojen tidak mempunyai kios atau cawangan kedai tertentu.

"Sebaliknya, saya dan pasukan kerja sendiri akan turun padang ke serata negeri untuk memenuhi hajat dan keinginan mereka yang ingin makan kunafa berkenaan.

"alu, apabila hanya ibu pejabat saja yang menjualnya, saya boleh fokus 100 peratus menjaga aspek kualiti dan kuantiti pengeluaran kunafa," katanya.

Kunafa Aiwahhh perisa Madu 3 ini berasaskan emping jagung dan madu.

Image via @ojennn_aiwahh (TikTok)

Disifatkan sebagai perintis usahawan kunafa dengan elemen tekak Melayu, Ojen berkata idea berniaga itu terlintas ketika belajar di Yaman.

"Empat tahun di Yaman dan Setahun di Egypt, Saya lihat kunafa menjadi makanan harian dan pencuci mulut kegemaran. Di tanah Arab lagi, saya sudah pasang niat, balik ke Malaysia memang kena jual kunafa.

"Lucunya, ada ramai penjual tempatan cuba meniru konsep saya. Termasuklah di kalangan penjual orang Arab. Saya lihat ramai yang mengambil inspirasi.

"Saya jadi bangga konsep ini diterima di kalangan masyarakat dan penjual kunafa. Lagipun saya tak mampu nak jual kepada lebih 33 juta rakyat di negara kita. Biarlah sama-sama cari rezeki. Syukur, Allah SWT sudah beri lebih rezeki lebih untuk saya," katanya.

Ojen menambah untuk tahun lalu, dia sudah lengkap melakukan jerayawara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

"Untuk tahun ini saya mahu berusaha untuk tembus pasaran Indonesia dan Brunei dengan melakukan jerayawara. Semua ini juga takkan terjadi tanpa sokongan dan sambutan luar biasa penggemar kunafa saya. Tanpa mereka, Kunafa Aiwahhh takkan jadi sehebat ini," katanya.

"Kunafa Aiwahhh antara 'dessert' yang sudah lama viral dan 'mendonia' ke hari ini" - Cik Epal

Sementara itu, Cik Epal atau nama sebenar, Nor Munirah Mahmud optimis dengan kolaborasi bersama Ojen.

"Secara jujurnya saya bukan jenis bekerjasama dengan sembarangan orang. Saya lebih selesa berkolaborasi dengan orang yang sudah dikenali. Macam Ojen memang kami sudah lama kenal. Dia pun jenis yang merendah diri, happy go lucky dan senang berurusan.

"Saya sendiri yakin 100 peratus  dengan perniagaan kunafanya. Kunafa Aiwahhh antara ‘dessert’ yang sudah lama viral dan 'mendonia' ke hari ini. Tipulah lah kalau kata tak pernah nampak Kunafanya jadi ‘fyp’ di TikTok. Saya rasa dari dulu kalau buka gerai jualannya,  memang penuh dibanjiri peminat kunafanya sampai  satu Malaysia ada.

"Jadi waktu Ojen ajak berkolaborasi, memang saya teruja. Ditambah pula nak buat perisa Madu 3 ini, saya sendiri nampak yang ia akan meletup. Waktu kami buat R&D, terus saya bersetuju untuk sama-sama 'mendonia'," kata Cik Epal.

Cik Epal dan Ojen Aiwahhh

Image via @ojennn_aiwahh (TikTok)

Sempat ditanya mengenai kehidupan sekarang, Cik Epal reda dengan ujian diterima.

"Alhamdulillah saya bersyukur sebab Allah uji saya pada waktu yang tepat. Saya juga bersyukur waktu sebegini, masih ada sahabat lama dan baru yang ikhlas menolong saya. Ada yang tak henti-henti memberi motivasi diri pada saya untuk meneruskan kehidupan demi anak dan masa depan yang lebih terang. 

"Saya sudah selesa seorang diri buat masa ini. Cukup ada anak menjadi asbab untuk saya terus tersenyum. Saya akan terus berjuang dan takkan kembali dengan kesilapan lalu dengan lelaki yang sama. Untuk kembali balik kepada bekas suami itu, saya rasa tak mungkin. Tapi saya takkan sesekali memisahkan anak dengan bapa mereka.

"Apa terjadi, bekas suami tetap bapa kepada anak saya dan dia pernah menjadi bapa yang baik. Itu sahaja terima kasih," kata Cik Epal.

Tonton video di bawah:

@ojennn_aiwahh

Im so proud of her! Tahniah! Seorang wanita yang kuat We did it! Ojen seronok dan bangga dapat berkongsi rezeki dengan cik epal, Ramai sungguh orang support kita dari hari pertama sampailah harini Satu Fenomena Kunafah Madu 3 Negeri lain standby ojen bawak Kunafah Madu 3 ni next tour ya, Insyallah, Doakan tau

suara asli - ""

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: