"Omok Datang Ni" - Ziarah Pusara Ayah Sebelum Ke Sekolah, Reaksi Budak Ini Undang Sebak
Semoga dia menjadi anak yang soleh.
Kehilangan orang tersayang sememangnya merupakan perkara yang sakit buat kita
Hanya kenangan menjadi pengubat rindu buat mereka. Namun, siapalah kita mahu menentukan takdir. Sebagai umat Islam, kita haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka.
Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi ketika anaknya datang menziarah pusara si ayah telah mengundang sebak ramai.
Lihat video itu di bawah:
Sempat ziarah pusara ayah sebelum ke sekolah
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu pada masa itu sedang berada di tanah perkuburan bersama anak lelakinya.
Difahamkan, anak lelakinya yang dikenali sebagai Omok itu dilihat berjalan ke arah pusara arwah ayahnya sebelum sesi persekolahan.
"Assalammualaikum ayah omok nak pergi sekolah ni," ujarnya.
Malah, dia juga dilihat memegang dan mencium batu nisan si ayah. Perkara itu ternyata telah mengundang sebak ramai.
"Moga good boy ni dalam lindungan-Nya dan rahmat Allah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihatnya dan memberikan pelbagai komen positif buat keluarga itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 156.9K likes dan 5,767 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: