seismik

Orang Islam Tak Boleh Upah Bibik Yang Bukan Islam. Betul Ke Ni?

"Agama tidak sepatutnya menjadi halangan dalam soal pekerjaan."

Cover image via freemalaysiatoday.com

Semalam, akhbar The Star Online melaporkan bahawa
agensi pembantu rumah terkejut dengan 'arahan baru' yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen yang menghalang mereka daripada mengambil pembantu rumah yang bukan Muslim

Image via Utusan Online

Para majikan mempersoalkan rasional di sebalik dasar itu, yang dikatakan bukan perkara baru oleh pegawai jabatan berkenaan, kerana bimbang kemungkinan mereka langsung tidak akan mendapat khidmat pembantu rumah asing selepas ini.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Ahmad Fauzi berkata, dasar itu akan mengehadkan pembekalan pembantu rumah untuk orang Islam.

Menurutnya agama tidak sepatutnya menjadi halangan dalam soal pekerjaan. Sama seperti mereka yang bekerja di pejabat. Mereka bekerja bukan berdasarkan pegangan agama semata-mata. Begitu jugalah dalam kes pembantu rumah ini.

Menurut sumber, Ahmad Fauzi menggesa Jabatan Imigresen untuk menerangkan rasional polisi tersebut kepada orang ramai

Image via m.tempo.co

Seorang pemilik agensi pembantu rumah di Selangor yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, dia telah memohon pembantu rumah bukan Islam kepada umat Islam yang mahukan mereka melalui Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing atas talian tetapi ditolak.

"Apabila saya dihubungi, saya diberitahu untuk pergi ke kaunter untuk menghantar permohonan. Tetapi di kaunter, pegawai di sana berkata dasar itu merupakan arahan daripada Ketua Pengarah," katanya.

Pegawai berkenaan berkata dasar itu wujud dan jika dia masih mahu membuat permohonan itu, mereka akan menolaknya.

"Jika mereka tidak membenarkan orang Islam untuk mengupah orang bukan Islam, mengapa mereka membenarkan perkara tersebut dibuat sejak awal lagi?" soalnya pula.

Perkara itu juga dipersetujui oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dengan pandangan beliau supaya akidah anak-anak orang Islam terpelihara

Beliau mengakui ia memang tidak salah dari segi hukum agama, namun bimbang anak yang diasuh bukan Islam diresapi ajaran agama lain.

“Dari segi hukum tidak salah, bukan haram bukan makruh majikan beragama Islam mengambil pembantu rumah bukan agama kita,” kata Harussani kepada FMT.

Memberi contoh, beliau berkata pembantu rumah yang mempunyai latar belakang kuat agama Kristian “boleh mempengaruhi anak kita”.

freemalaysiatoday.com

Selain Harussani, dasar itu turut disokong Persatuan Pengguna Islam Malaysia, yang berkata ia bagi menjaga amalan keluarga Islam.

Bagaimanapun, pagi tadi media melaporkan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafar Ali berkata ketetapan supaya keluarga yang beragama Islam hanya menggaji pembantu rumah yang menganut agama yang sama cuma panduan umum

Katanya lagi, panduan umum itu juga memberikan “banyak pengecualian dan pertimbangan”.

Dalam laporan FreeMalaysiaToday hari ini, Mustafar menegaskan tidak pernah mengeluarkan peraturan yang mengundang banyak kritikan itu, dan menjelaskan pekililing umum itu sudah sedia ada sebelum beliau dilantik memimpin Imigresen.

“Pekeliling itu bukan peraturan ketat. Saya juga mahu beri jaminan kepada semua majikan yang beragama Islam bahawa permintaan mereka, permohonan dan rayuan akan diberi pertimbangan sewajarnya.

“Permintaan semua pihak akan dilayan secara saksama," katanya.

freemalaysiatoday.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah mengenai pembantu rumah:

You may be interested in: