seismik

Peminat Sanggup Beratur Panjang Untuk Koleksi Raya 'dUCk Scarves'. Kejap Je Dah Sold Out!

Laju betul diorang ni ya?

Cover image via postimg.org

Sekarang, bila sebut saja "Itik", orang ramai pasti akan kaitkan dengan dUCk Scarves yang pernah menjadi topik trending di seluruh media sosial awal tahun lalu

Bayangkan pada awal kemunculannya, jenama tudung ini sold out hanya dalam masa 5 minit sahaja walaupun ia dijual dengan harga RM800. Dan semalam, dUCk Scarves kembali menjadi buah mulut orang ramai semula.

Selepas 'mengambil alih' akaun theduckgroup hujung minggu lalu, pengasasnya Vivy Yusof mendedahkan koleksi terbaru sempena Aidilfitri iaitu ‘The Alhambra dUCk’.

Pengumuman itu telah dibuat oleh Vivy menerusi beberapa keping gambar yang memaparkan perjalanannya ke Alhambra di Granada, Sepanyol yang dikatakan bagaimana ia mendapat inspirasi koleksi tersebut

Vivy seterusnya memuat naik gambar memberitahu orang ramai bahawa koleksi terbaru yang dijual dengan harga RM300 itu akan mula dijual pada hari Selasa (semalam) jam 10 pagi di setiap cawangannya.

Selepas pengumuman itu dibuat ini yang terjadi...

Menerusi instastories yang dimuatnaik Vivy, beliau memberitahu bahawa orang ramai telah mula beratur dari entrance Pavilion sehinggalah ke Grand Millenium Hotel, semata-mata untuk mendapatkan dUCK Scarves sempena pelancaran koleksi Aidilfitri yang dijalankan di Pavilion semalam.

Dalam sekelip mata saja, koleksi tersebut telah habis terjual di kedua-dua platform online dan offline. Memang lain macam betul aura dUCk Scarves ni!

Perkara itu sekaligus menjadi topik trending di Twitter dan kebanyakan pengguna Twitter mula bercerita mengenainya.

Kalau diikutkan zaman sekarang memang ini bukanlah lagi satu perkara yang mengejutkan. Tapi bagaimana pula dengan anda? Adakah anda akan sanggup beratur hanya untuk sehelai tudung yang anda minati?

Kongsikan bersama kami di ruang komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini:

Nak berjaya macam Vivy? Baca 11 tips dari beliau:

Beliau pun ada beri tips untuk pilih husband material. Hehe:

You may be interested in: