"Padan Muka" - Lelaki Berang Selepas Kereta Digesel, Ramai Puas Hati & Sokong Abang Lori
Siapa suruh double park dekat jalan sempit.
Masalah segelintir pengguna jalan raya yang suka double park mampu menyusahkan ramai pihak
Bukan sahaja menyukarkan kereta untuk keluar dari tempat parkir. Malah, ia dapat menghalang pengguna kenderaan lain yang lalu di situ.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan gelagat seorang lelaki yang naik berang selepas kereta digesel oleh sebuah lori telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Side mirror keretanya bengkok selepas digesel sebuah lori
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @mr.zoie_nirvana di TikToknya, dilihat gelagat seorang lelaki yang berang selepas melihat belah sisi kiri keretanya digesel oleh sebuah lori.
Malah, tindakannya yang ingin dapat perhatian netizen bertukar arah kerana ramai menganggap tindakannya yang salah kerana parkir di kawasan jalan sempit.
"Terbaik la abang lori. Macam tu cara ajar owner kereta yang tak reti park dalam kotak" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berpuas hati dengan tindakan abang lori itu. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 467.2K tontonan, 6.1K tanda suka dan 4.1K komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!