Rela Malukan Diri Demi Gift Live Di TikTok, Cleopatra Pinta Kaum Hawa Jangan Jadi Pengemis
Buatlah kerja-kerja yang bermanfaat.
Penambahbaikan peluang pekerjaan kepada para wanita di negara ini bakal memberikan impak positif kepada masyarakat
Iyalah, secara tidak langsung ia dapat mengubah persepsi masyarakat yang menganggap wanita hanya duduk di dapur rumah sahaja.
Namun, lain pula yang jadi pada untaian ini berkenaan seorang influencer, Cleopatra yang berkongsi pandangan berkenaan gelagat aneh seorang wanita di live TikTok.
Lihat untaian penuh itu di bawah:
Sanggup duduk berjam-jam dekat lecak demi gift di live TikTok
Menerusi tweet yang dikongsikan oleh @lxcleopatraxl, beliau berpendapat tindakan tersebut bukanlah satu keputusan yang baik untuk wanita.
Biarpun terdesak dengan masalah kewangan, pihak berwajib seharusnya mencari solusi bagi mengurangkan masalah ini daripada terus merebak.
"Susah hidup kita, janganlah sehingga perlu mengambil jalan dengan mengemis kerana ia amat memalukan kaum HAWA, terutama muslim seperti saya. Saya amat berharap pihak berwajib di Negara Indonesia mengambil tindakan segera supaya individu lain tidak terikut bersama melakukan" jelasnya.
Lihat video penjelasan lain di bawah:
"Bukan sebab sindiket, tapi satu keluarga camni" - Netizen
Susulan tularnya tweet berkenaan yang kini telah meraih 389.7K views, 907 likes dan 378 retweets, rata-rata netizen turut berkongsi pandangan tentang hal tersebut.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!