seismik

[VIDEO] Geng Remaja Buang ‘Teritip’ Pada Cengkerang Penyu Masa Memukat Raih Pujian Ramai

Laju betul dia berenang.

Cover image via @angahkeciks._ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehidupan penyu kian terancam disebabkan pembuangan sampah di laut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Di antara faktor-faktor yang lain adalah menjadi hasil tangkapan manusia dan cengkerangnya dijadikan sebagai alat-alat harian.

Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan gelagat beberapa orang remaja sedang membuang teritip pada cengkerang seekor penyu telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@angahkeciks._ ceritanya kami tu p memukat , n then dia sangkut d pukat kmi .. tapikan comell kan #fyp #sabahborneo #haiwanterancam original sound - AngahKeciks__>-<__

Sempat cungkil teritip pada cengkerang penyu guna parang

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @angahkeciks._ di TikTok, kelihatan beberapa orang remaja sedang membuang teritip pada cengkerang seekor penyu dengan menggunakan sebilah parang.

Pada awalnya, mereka sekadar ingin memukat di persisiran laut untuk mendapatkan hasil laut. Namun, mereka ternampak seekor penyu yang dipenuhi teritip pula yang menjadi tumpuan mereka.

Tujuan teritip itu dibuang supaya cengkerang penyu itu tidak cepat rosak dan berlubang.

"Comel je dia ready nak speed masa abang tu nak lepas" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 331.5K tontonan, 24.2K tanda suka dan 243 komen di TikTok, rata-rata netizen turut berterima kasih atas tindakan baik remaja-remaja itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Min ingat dia hulur parang kat penyu tu nak sembelih, lagi sikit minta kecam :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: