seismik

Selamba Buang Sampah Dari Tingkat Atas, Ramai Sangka Student Yang Buat Tapi Rupa-Rupanya

Tak penat ke nak kemas balik nanti.

Cover image via @lostboysuxxfi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masalah pembuangan sampah yang tidak kondusif sering menimbulkan pelbagai aduan dalam masyarakat setempat

Pihak kerajaan dan berkuasa seharusnya mencari solusi bagi menangani masalah pengurusan sampah yang tidak teratur ini.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan mak cik cleaner sedang mencampak beberapa plastik sampah dari tingkat atas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@lostboysuxxfi Ingatkan student yang buang dari atas #uum #fyp kucing mampus - Kxcingg

Banyak sampah berselerak, ingatkan pelajar cuba buat kotor

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @lostboysuxxfi di TikTok, kelihatan beberapa orang mak cik cleaner sedang mencampak beberapa guni plastik sampah ke tingkat bawah.

Pada awalnya, kebanyakan pelajar di situ menganggap itu perbuatan yang tidak bermoral oleh segelintir pelajar yang tidak mementingkan kebersihan kolej.

Namun, sangkaan mereka itu silap selepas melihat sosok tubuh beberapa orang mak cik cleaner dari tingkat atas tersebut.

"Mak cik cleaner memang suka buat macam ni. Faktor umur, penat nak naik turun tangga" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 736.6K tontonan, 29.8K tanda suka dan 231 komen di TikTok, rata-rata netizen turut mendoakan agar kerja-kerja mak cik itu dipermudahkan.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak baik tau buruk sangka, semoga urusan mereka semua dipermudahkan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: