"Tak Sempat Tukar Ke?" - Remaja Galak Buat Content Tekan Tubi Sambil Pakai Baju Sekolah
Semangat betul.
Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan di antara salah satu inisiatif dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar
Secara tidak langsung, ia dapat mengajak murid-murid untuk menguatkan stamina dan mengekalkan ketahanan kardiovaskular.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan gelagat lucu seorang remaja yang melakukan tekan tubi telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Buat tekan tubi sambil pakai baju sekolah
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @izzathenic di TikTok, dilihat gelagat seorang remaja lelaki yang memakai pakaian sekolah sambil melakukan tekan tubi.
Apa yang lebih mencuit hati adalah remaja itu dilihat bersungguh-sungguh dalam melakukan tekan tubi sambil tuck out baju sekolahnya.
Di laman TikToknya, dia juga dilihat rajin membuat content dengan hanya melakukan tekan tubi.
Lihat video lain di bawah:
"Ni baru la the real tahan ngantuk kat sekolah balik je terus push up" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 81.2K tontonan, 8.5K tanda suka dan 154 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan pakaian lelaki itu di saat melakukan tekan tubi.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok;
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!