Rupanya Satu Universiti, Wanita Kongsi Kisah Bertemu Jodoh Ketika Berdoa Di Hadapan Kaabah
Kalau dah jodoh, tak akan ke mana.
Ramai masyarakat kita berikhtiar dan berdoa untuk mencari jodoh di tanah suci
Iyalah, antara lokasi terkenal di tanah suci yang menjadi ikhtiar buat masyarakat kita ialah di Jabal Rahmah berdekatan Gunung Arafah.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi kisahnya di TikTok berkenaan bagaimana dia bertemu jodoh di tanah suci telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jatuh hati dengan lelaki di hadapan Kaabah, rupa-rupanya memang jodoh
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @salbiyahsuhaimi di TikTok, seorang wanita yang berkongsi kisah pertemuannya dengan encik suami ketika menunaikan umrah di tanah suci.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah pada awalnya dia cuma tertarik dengan lelaki itu dan berdoa agar pilihan hatinya tepat.
Rupa-rupannya, doa wanita itu dimakbulkan dan kini sudah berkahwin dengan lelaki itu.
"Okay, start from now kena sungguh-sungguh start saving duit nak pergi umrah" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 415.4K tontonan, 30K tanda suka dan 416 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terharu dengan kisah sweet pasangan itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!