seismik

Hadapi Masalah Perut Susah Lawas, Wanita Kongsi Tips Lucu Di Internet Undang Dekah Ramai

Kasihan boyfriend dia jadi mangsa.

Cover image via Pocket-Lint & Suara.com

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masalah susah lawas dan sembelit berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang

Kurangnya pengambilan sayur-sayuran dan karbohidrat dalam sajian makanan generasi kini perlu diambil serius.

Baru-baru ini, tular di Twitter berkenaan satu confession daripada anonymous berkenaan cara dia memudahkan buang air besar telah menarik perhatian ramai.

Lihat untaian penuh di bawah:

Sanggup sakitkan hati sendiri supaya perut mudah kecut

Menerusi tweet yang dikongsi oleh @ketengahketepi di Twitter, individu itu berkongsi satu luahan anonymous melalui ruangan Curious Cat yang diterimanya.

Katanya, dia mengatasi masalah susah lawasnya dengan menyakitkan hati sendiri selepas melihat senarai following Instagram teman lelakinya.

Jelasnya lagi, selepas dia melihat banyak akaun perempuan yang diikuti oleh teman lelakinya. Ia akan merasai heavy feelings dan memudahkan perutnya untuk membuang air.

"Ala, penat la setiap kali nak berak kena sedih-sedih" - Netizen

Susulan tularnya tweet tersebut yang kini telah meraih 256.1K views, 2.1K retweet dan 5.1K likes di Twitter, rata-rata netizen dengan tips itu. Malah, ramai antara mereka merasakan teknik itu sangat masuk akal.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Patutlah orang cakap perempuan ni complicated, nak buang air pun banyak step :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: