seismik

Makan Sekali Sehari & Pakai Bengkung Waktu Tidur Punca Gadis Ini Berjaya Turun 23KG. Wow!

Musfira tekad untuk mendapatkan berat badan ideal setelah penat bergelut dengan ejekan orang ramai pada mereka yang berfizikal besar.

Cover image via Image via @musfiramustak/Instagram

Setiap orang pasti mengimpikan untuk mempunyai berat badan yang ideal lagi sihat

Kalau nak diikutkan, untuk mendapatkan berat badan yang ideal ini senang sahaja iaitu seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang kukuh, di samping diet pemakanan.

Sebenarnya sudah pelbagai jenis diet yang disarankan kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan termasuklah diet Atkins, Detoks, Paleo, Vegan, Low-Carb dan Intermittent Fasting.

Diet sudah pun diamalkan tapi berat badan tetap tak turun-turun. Boleh jadi diet yang diamalkan itu tidak berkesan kerana ianya tidak bersesuaian dengan badan kita.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Musfira Mustak telah berkongsikan tipsnya tersendiri untuk menurunkan berat badan

Menurut Musfira, dia yang sememangnya mempunyai masalah berat badan berlebihan sejak dari kecil tekad untuk menurunkan dan mendapatkan berat badan ideal setelah penat bergelut dengan ejekan orang ramai pada mereka yang berfizikal besar.

Bukan itu sahaja, Musfira turut memuat naik gambar dirinya pada tahun 2018 sebagai perbandingan dengan berat badannya sekarang. Ternyata, gadis itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23kg iaitu daripada 78kg kepada 55kg dalam tempoh beberapa tahun.

Dalam perkongsiannya, Musfira turut menceritakan perjalanannya dalam mendapatkan berat badan yang terkini. Antaranya ialah terus berhenti daripada memakan nasi serta minuman bergula. Selain itu dia turut mengelak daripada mengambil makanan berminyak serta fast food dan akan makan sekali sehari iaitu sekitar jam 6/7 malam.

Tambah Musfira lagi, dia juga akan melakukan senaman seperti spinning, yoga dan home workout. Menariknya, gadis itu turut mengenakan bengkung ketika tidur demi mendapatkan berat badan idaman.

Wah, best-nya perasaan bila diet yang dilakukan berjaya!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: