seismik

Dari Kelantan Ke KL, Pakcik Ini Sanggup Memandu GrabCar Demi Anak-Anak

"Demi mencari rezeki untuk anak-anak, pakcik sanggup bekerja."

Cover image via RafiqahRizqinRoslan/Facebook

Minggu lalu, seorang pengguna servis GrabCar iaitu Rafiqa Rizqin Roslan telah berkongsi kisahnya mengenai pemandu GrabCar dia di laman sosial

Pada hari itu, gadis yang dikenali dengan panggilan nama Fiqa ini sedang menunggu kereta GrabCar yang telah ditempah olehnya dari LRT Gombak menuju ke Taman Batu Muda. Tiba saja kereta GrabCar tersebut, dia terus terpandang wajah penat pemandu GrabCarnya itu.

Untuk mengelakkan rasa janggal, dia memberi salam kepada pemandunya yang berumur dalam lingkungan 60an itu. Perbualan mereka bermula dengan soalan yang dituju oleh Fiqa.

"Sudah berapa lama pak cik berkhidmat sebagai pemandu GrabCar ini?", dia bertanya.

Melalui kisah yang diceritakannya ini, pak cik yang dikenali dengan nama Badruliksan ini memberitahu bahawa beliau bekerja sebagai pemandu GrabCar ini bagi membayar yuran pengajian anaknya di universiti. Dianggarkan yuran tersebut memang tinggi iaitu antara RM36,000 hingga ke RM37,000 setahun.

"Sudah berapa lama pak cik berkhidmat sebagai pemandu GrabCar ini?", tanya Fiqa.

Melalui kisahnya, pak cik yang dikenali dengan nama Badruliksan ini menceritakan kisah beliau dimana beliau bekerja sebagai pemandu GrabCar ini bagi membayar yuran pengajian anaknya antara RM36,000 hingga ke RM37,000 setahun.

Memandangkan anak-anak beliau tidak mendapat bantuan tajaan ataupun biasiswa, Badruliksan perlu bekerja walaupun usia telah mencecah usia tua. Beliau perlu berkeras mencari rezeki untuk membiayai yuran kolej anaknya yang sedang belajar di Mesir.

Beliau memberitahu lagi bahawa beliau sering berulang dari kelantan ke Kuala Lumpur dua kali seminggu untuk mencari rezeki lebih dengan membawa pelanggan menggunakan perkhidmatan GrabCar.

"Pak cik akan menginap di hotel setiap kali pak cik datang ke Kuala Lumpur," jelas beliau lagi.

Beliau juga akan bertanya kepada pelajar-pelajar universiti yang dikenali beliau jika mereka ingin pulang ke kampung di Kelantan, mereka boleh ikutnya pulang sekali. Beliau sekalipun tidak pernah mengenakan caj kepada pelajar yang ingin pulang ke Kelantan bersamanya.

"Sebab pakcik perlukan wang untuk biayai pengajian mereka, maka pakcik datang ke Kuala Lumpur. Sudah lima bulan pakcik menjadi pemandu GrabCar."

"Pakcik dah tua. Badan pun tak larat, tapi ada sebab kenapa pakcik masih bekerja dan menjadi pemandu GrabCar ini," kata Baderuliksan.

Memandu Honda City berwarna merah, anak jati Bachok itu sanggup memperjudikan nasib dan menjelajah seluruh pelusuk Kuala Lumpur atas tiket perkhidmatan GrabCar.

Pada usia begitu, beliau sepatutnya berada di rumah bermain dengan sembilan orang cucunya, namun beliau tetap gagah memandu di kota untuk mencari rezeki bagi menanggung tiga anak yang masih belajar, termasuk dua orang yang menuntut di universiti di Mesir dan Madinah.


"Jika ada pelancong yang naik, lebih rasa seram sejuk kerana pakcik bukan boleh sangat berbahasa Inggeris. Tapi semuanya pakcik telan, pakcik tahan sebab fikir rezeki ini rezeki halal untuk pakcik tanggung isteri dan anak-anak yang masih memerlukan. Jika pakcik orang senang, pakcik tak akan buat pekerjaan ini," jelasnya lagi.

Selang beberapa hari Fiqa berkongsi tentang kisah pak cik tersebut di laman sosial, dia sekali lagi mendapat perkhidmatan beliau sebagai pemandu GrabCar

Terus terang saya katakan, saya berkongsi kisah Pak Cik ini di laman sosial saya dengan ikhlas. Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan ataupun untuk mendapatkan perhatian daripada orang ramai.

"Tujuan saya berkongsi kisah pakcik ini kerana saya tertarik dengan pengorbanan beliau dalam usaha mencari duit untuk bantu anak-anak. Usaha seorang ayah tidak kira penat lelah serta tidak endahkan bahaya yang mendatang semata-mata untuk menampung pebelanjaan pengajian anak di luar negara. Niat murni beliau telah membuat hati saya tersentuh dan ingin berkongsi dengan orang ramai", jelas Fiqa kepada SAYS.

Hari ni jumpa pakcik grab car viral ni lagi hehe. Terkejut jugak katanya sebab viral. Kawan-kawan dia ada call panggil dia artis. Haha. Tapi yang penting anak-anak dia semua pon dah tau. Sejujurnya Fiqa bukan saja cari populariti tapi Fiqa saja share cerita pakcik ni buat pedoman kita anak-anak sentiasa beringat jasa mak ayah kita cari rezeki. Alhamdulillah bertambah rezeki dia, ada yang call mintak hantar pergi airport etc. Ramai jugak pm Fiqa kt FB dan instagram nak contact pakcik ni. Tapi Fiqa xkan senang-senang bagi, Fiqa akan tanya tujuan jugak. Ye lah, takut jugak orang pergunakan pakcik ni kan. Fiqa ada jugak baca few comments yang kata anak-anak pakcik ni semua hebat-hebat. Tadi saja tanya, anak-anak semua buat apa. Dia cerita satu persatu. Yang bagusnya salah seorang anak dia ada yang usahakan pusat pengajian tahfiz sendiri di Kelantan. Alhamdulillah. Bangga dengar cerita pakcik ni. Dia buat grab car ni pon sebahagian dari usaha beliau untuk tolong sumbangkan dana untuk pusat pengajian anak dia tu. Ada lagi cerita menarik tentang pakcik ni. Tadi masa dia cakap ramai kawan-kawan dia dah tau kisah dia dah viral, tiba-tiba dia cakap "Awak xtau pakcik ni sebenarnya ramai kenal pakcik sebab pakcik ni dulu tauke budu." Kita pulak terkejut, terus cakap budu tu favourite saya pakcikkkkk hahahaa. Dia kata minggu ni dia balik Kelantan nanti dia bawakkan budu untuk Fiqa. Rezekiii Fiqa pulak, Alhamdulillah. Hehe. Ada sebab kenapa Allah aturkan kita untuk jumpa orang-orang tertentu kan?

A post shared by Rafiqa Rizqin Roslan - 3R (@rafiqarizqin) on


LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah INSPIRASI di SINI:

You may be interested in: