seismik

"Pandang Mak Saya Atas Bawah, Hina Sangat Ke?" - Gadis Kongsi Kisah Staf Kurang Ajar

Perkara itu membuatkan dia dan ibunya tidak selesa.

Cover image via @trisyalee (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita mesti mengharapkan layanan yang baik jika pergi membeli barang di kedai

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis dan ibunya kecewa kerana dilayan buruk oleh staf di kedai beg jenama di Central i-City, Shah Alam. 

Gadis itu bercerita ibunya mencari kasut bertutup untuk dipakai masa mesyuarat, ibunya berkenan di kedai Bonia. Walau bagaimanapun, staf di sana dilihat tidak melayani pelanggan dengan baik. Staf di situ memandang ibunya atas bawah seperti tidak mampu untuk membeli barang di situ. 

"Kurang ajar gila cara dia pandang mak aku, macam mak aku ni pengemis masuk nak minta sedekah", katanya. 

Gadis itu juga berkongsi rakan-rakannya juga pernah mengalami layanan buruk sepertinya sebelum ini di situ. 

"Dah 2023, takkan mentaliti masih cetek. Kau ingat orang tu pakai selekeh, serabai, tak ada duit?", katanya.

"Setuju, ramai kerja retail tapi sombong, berlagak, tak faham skop kerja. Macam dia paling terpenat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 71K tanda suka dan 2K komen di TikTok, netizen turut mengalami masalah yang sama. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Kecil hati kita kalau mak kita pun dilayan buruk macam tu :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: