"Simbol Hormat, Bukan Upacara Pemujaan" - Trend Bagi Bunga Malai Ini Raih Perhatian Ramai
Jangan salah anggap!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis konvokesyen merupakan majlis yang meraikan graduan setelah tamat belajar
Tidak dinafikan, orang ramai suka menghadiahkan jambangan bunga untuk para graduan. Ada yang beri bunga Matahari, bunga Ros dan banyak lagi.
Namun, baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan graduan menerima bunga Malai yang sering digunakan oleh kaum India telah mencuri tumpuan.
Graduan itu dilihatkan menerima bunga Malai daripada rakan yang lain. Rakan itu mengalungkan bunga Malai pada kawannya yang baru saja keluar daripada dewan tanda meraikan kejayaannya.
Bunga Malai simbol hormat bukan pemujaan
Bunga Malai dikalungkan pada seseorang untuk memberi atau menunjukkan kepercayaan, kebanggaan, penghormatan dan terima kasih secara simbolik.
Ini merupakan adat yang dibudayakan oleh kaum India untuk menunjukkan cara mereka memberi pengiktirafan kepada seseorang yang membanggakan atau telah melakukan sesuatu pencapaian.
"Tak salah, ini cara nak appreciate dan respect hard work orang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 554K tontonan, 7.5K tanda suka dan 800 komen di Facebook, rata-rata netizen turut memuji tindakan itu.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!