seismik

Panduan Untuk Mendaftar Skim Insurans Percuma, MySalam Sebelum Tarikh Tutup Esok

Untuk yang berkelayakan, jangan lupa untuk daftar ok!

Cover image via the sentral

Adakah anda masih ingat tentang skim perlindungan insurans percuma yang telah disediakan oleh kerajaan terdahulu, iaitu skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam)?

Untuk makluman, skim mySalam menyediakan perlindungan insurans untuk 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuklah pesakit Covid-19 yang layak menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari.

Mereka yang layak untuk menerima bantuan ini adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tuntutan penyakit kritikal bagi penerima BSH adalah sebanyak RM8,000 dan akan diberikan secara sekali beri manakala bagi golongan M40 atau bukan penerima BSH, mereka akan menerima faedah penyakit kritikal sebanyak RM4,000 (sekali beri).

Justeru diingatkan, esok merupakan hari terakhir untuk anda yang layak bagi memohon skim mySalam ini sebelum ia ditutup untuk pendaftaran.

Jadi, untuk mereka yang masih belum mendaftar lagi skim insurans mySalam ini, sila ikuti panduan di bawah

Image via mysalam

Sila masuk ke laman web rasmi mySalam di mysalam.com.my 

Image via mysalam

Sila masuk dan isikan maklumat peribadi anda seperti yang diperlukan.

Selepas selesai mengisi semua maklumat tersebut, tekan butang hantar dan permohonan anda akan diproses.

Selain itu, seorang pengguna Facebook bernama Natasha Zulkifli juga turut berkongsikan panduan mudah untuk mendaftar

Justeru untuk mereka yang masih belum mendaftar, sila daftar secepat mungkin sebelum ia ditutup ok!

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: