x

seismik

Senasib Dengan Simpang Renggam, Kini 7 Kawasan Di Hulu Langat Pula Kena PKPD

Doakan agar semuanya selamat.

Cover image via The Malaya Post

Beberapa hari lalu, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam

Image via Berita Harian

Perintah PKPD di Simpang Renggam itu dilakukan selepas 61 penduduknya dikesan positif wabak Covid-19.

Susulan perintah itu, semua penduduk tempatan dan pelawat yang sudah berada di kawasan terjejas tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan rumah didiami mereka sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah berkenaan.

Malah, penduduk tempatan dan pelawat juga tidak dibenarkan memasuki kedua-dua kawasan berkenaan ketika ini.

Terbaru, penduduk di 7 perkampungan di Hulu Langat juga bakal menghadapi nasib yang sama bermula 12 tengah malam ini

Image via nst

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan dilakukan sehingga 13 April depan.

Beliau memaklumkan, arahan itu membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

Jelas Ismail, tindakan itu terpaksa dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan bahawa terdapat 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.

“Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

“Ia membabitkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu,” katanya.

Ismail berkata tujuan PKPD itu dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan wabak Covid-19 dari terus merebak di kawasan berkenaan

Image via Harian Metro

Dengan melaksanakan perintah ini, beliau berkata ia akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Dengan pelaksanaan perintah ini, semua penduduk dan pelawat yang berada di kawasan itu tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

“Selain itu, penduduk dan pelawat yang tidak menetap di situ tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau dalam pada itu memberi jaminan bahawa bekalan asas akan mencukupi untuk tempoh PKPD dan ia bakal diberikan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurutnya, semua aktiviti perniagaan turut dihentikan, namun beliau memberi jaminan bekalan asas yang mencukupi untuk tempoh PKPD itu akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Semoga semua penduduk yang terlibat dapat bersabar dan mengikut arahan yang dikeluarkan.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS: