seismik

Pasangan Kekasih Dicekup Polis, Curi RM10,800 Sehari Tabung Derma Anak-Anak Yatim

Hasil soal siasat suspek dipercayai aktif melarikan tabung derma di beberapa buah negeri.

Cover image via Kosmo & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kegiatan sepasang kekasih mencuri tabung wang derma anak-anak yatim dan madrasah berjumlah lebih RM10,800 sehari terbongkar selepas dicekup pihak polis, minggu lalu

Menerusi laporan, suspek lelaki dan wanita yang berusia 33 dan 35 tahun itu dicekup pasukan daripada cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 12.10 pagi di sebuah kondominium di sekitar Klebang pada 4 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dikesan melakukan kegiatan itu dengan menyamar sebagai wakil madrasah dan rumah anak yatim bagi mengutip tabung derma yang diletakkan di kedai-kedai makan.

Hasil soal siasat suspek dipercayai aktif melarikan tabung derma di beberapa buah negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan dan Johor sejak dua tahun lalu.

Image via Kosmo

“Modus operandi pasangan ini adalah dengan pergi ke warung dan kedai makan dan berpura-pura sebagai wakil daripada pihak madrasah, pondok serta rumah anak yatim bertujuan untuk mengambil tabung derma yang diletakkan di premis berkenaan.

“Pasangan ini memperoleh kira-kira RM10,800 sehari melalui cara pemerdayaan sedemikian," katanya.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di lokasi tangkapan turut menemukan 54 buah tabung derma yang dilarikan.

Polis kini telah membuka empat kertas siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955

Difahamkan, kedua-dua suspek yang mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah dikesan baru bergerak aktif di Melaka sejak kira-kira dua bulan lalu dan kini ditahan reman untuk membantu siasatan.

Alat pemotong besi yang dirampas dalam serbuan.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: