seismik

Individu Dakwa Barangan Bantuan Mangsa Banjir Daripada Khairul Aming Dicatu Ketua Kampung

Difahamkan, kejadian terbabit didakwa berlaku di sebuah PPS berdekatan Tumpat, Kelantan.

Cover image via TikTok

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, banjir teruk telah mengakibatkan beberapa buah negeri terjejas terutama di bahagian pantai timur

Antara negeri yang paling teruk terjejas adalah di Kelantan di mana rata-rata kawasannya habis ditenggelami air banjir.

Namun, ramai individu yang baik hati telah memberikan bantuan dan datang menolong mangsa banjir dan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Antara individu yang tampil memberikan bantuan adalah pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang berkongsikan di mana beliau dan pasukannya telah mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

Begitupun, baru-baru ini tular sebuah video selepas seorang mangsa banjir mendedahkan barangan bantuan daripada pempengaruh itu didakwa telah 'dicatu'.

@user34417455075593 MEMANG TERUK KENA DUDUK PPS SK TUMPAT 1, BANYAK BARANG YANG SAMPAI TAPI YANG DIBAGI HANYA SEDIKIT SHJ. MEMANG TERUK KETUA KAMPUNG SINI (TOK NGULU LIE). SY TAK NAFIKAN MUSIM SEKARANG MEMANG TAK CUKUP BEKALAN MAKANAN TAPI BARANG2 MEMANG BANYAK SAMPAI TAPI YANG DIBAHAGI HANYA SEDIKIT SHJ. DIORANG SANGGUP ASINGKAN BARANG2 YANG SEPERTI DALAM VIDEO. PENGALAMAN SY SEBELUM INI DEKAT PPS BANJIR JIKALAU ADA BARANG YANG SAMPAI, LEPASTU PERLU DIAGIHKAN KAD PPS HARUS DITANDA BAHAWA BARANG TERSEBUT DAH DAPAT TETAPI DISINI KAD DITANDA TETAPI BARANG TAK DAPAT. SAYA DAH BERTANYA KEPADA TOK NGULU LIE TAPI DIA BERITAHU BANTUAN DARI KHAIRUL AMING NIE BAWAHAN DIA JADI SESUKA HATI DIA NAK BUAT MACAM MANA. #PPSSKTUMPAT1 #fyp #fyp #foryoupage #banjir2024 @Khairulaming La Illah Ela Allah - Mohamed Youssef

Dedah barang sampai banyak, tetapi dibuka semula dan dicatu

Menerusi video yang dimuat naik, individu berkenaan telah meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas barangan bantuan yang diberikan Khairul Aming telah dicatu.

Di dalam video terbabit, individu mendedahkan ada orang lain yang telah membuka semula bungkusan barang bantuan dan dimasukkan ke dalam plastik yang lain.

Malah, apa yang membuatkan dia lebih geram adalah, dia mendakwa mangsa banjir hanya menerima mi segera dan biskut.

Individu itu juga mendakwa pembahagian di PPS tersebut adalah tidak adil untuk semua pihak dan mangsa banjir.

"Memang teruk kena duduk PPS SK Tumpat 1, banyak barang yang sampai tapi yang dibagi hanya sedikit sahaja. Memang teruk ketua kampung sini.

"Saya tak nafikan musim sekarang memang tak cukup bekalan makanan tapi barang-barang memang banyak sampai tapi yang dibahagi hanya sedikit sahaja. Dorang sanggup asingkan barang-barang seperti dalam video," tulisnya.

Image via TikTok

Khairul Aming beri respon isu barangan kena catu

Selepas tular mengenai dakwaan itu di TikTok, Khairul Aming telah menjawab isu tersebut yang berlaku di PPS terbabit.

Katanya jika betul benda itu terjadi, beliau menasihatkan agar individu berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau juga memberitahu bahawa mereka hanya bertanggungjawab untuk menghantar barangan ke PPS tersebut dan terus beredar ke lokasi lain. Malah, beliau juga tidak diberitahu mengenai isu terbabit.

@khairulamingfans_ Replying to @Fans KhairulAming Penjelasan KA berkaitan isu pengagihan bantuan di PPS @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #misibantuanbanjir #banjirkelantan #banjir2024 original sound - Fans KhairulAming

Kalau ada berlaku perkara macam ini, cepat-cepat laporkan pada pihak atasan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: