seismik

"Punca Kenapa Saya Tinggalkan Rumah" - Zahnita Dedah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Pelakon itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

Cover image via @zahnita (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Instagram milik pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson semalam menjadi perhatian selepas wanita itu mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga

Pada 2 December yang lalu, hantaran yang dimuat naik pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam.

Namun, dia tidak menyatakan lebih terperinci tentang apa yang berlaku. Zahnita berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.

"Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam," tulisnya.

Susulan pendedahan dibuat pelakon Kuliah Cinta itu, ramai pengikut termasuk rakan selebriti meluahkan simpati dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku terhadap model berwajah Pan Asian itu.

Suami kepada pelakon dan bekas model, ditahan polis semalam bagi membantu siasatan

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuantan bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 akta sama dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: