seismik

“Anak Anda Bukan Anda” - Patut Ke Ibu Bapa Tentukan Perjalanan Karier Anak-Anak?

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Cover image via Instagram @normanhakim_786 , MSN , Twitter @akif_basri

Pernah tak anda berdepan dengan situasi di mana anda perlu mengikut kehendak ibu bapa walaupun sudah mempunyai pilihan sendiri?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Masa itu, mesti perasaan ditelan mati emak, diluah mati bapa kan?

Ibu bapa mempunyai harapan yang tinggi hingga kadang-kadang lupa tentang minat dan kemampuan anak mereka

Sudah banyak kes yang kita dapat lihat apabila anak-anak berusaha sebaik mungkin untuk mengikut kehendak ibu bapa namun gagal kerana ia bukan minat mereka. 

Sudahnya, anak-anak itu yang kecewa kerana tidak dapat membanggakan ibu bapa. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Baru-baru ini, pensyarah psikologi dikenali sebagai Akif Basri berkongsi di laman Twitter miliknya membincangkan tentang sama ada ibu bapa perlu campur tangan dalam menentukan perjalanan karier anak-anak

Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 19.5 ribu retweets dan 23 ribu likes

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bagi menguatkan hujahnya, dia sempat menyarankan sebuah drama Korea yang menceritakan tentang akibat jika ibu bapa terlalu berkeras untuk menentukan karier anak-anak

Rupanya ramai netizen yang pernah mengalami pengalaman sama oleh ibu bapa mereka

Namun begitu, ada juga yang bersetuju jika ibu bapa menentukan perjalanan karier mereka

Sebenarnya, karier ditentukan ibu bapa ini ada kebaikan dan keburukannya. Apa-apapun, bolak-baliknya adalah diri sendiri sebab anda sahaja yang tahu kekuatan anda.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ada je ibu bapa yang sporting dan sokong minat anak mereka:

You may be interested in: