PDRM Beri Amaran Kepada Orang Ramai, Tak Boleh Main Bunga Api Lepas Pukul 12 Tengah Malam
Ia berikutan mengganggu ketenteraman awam dan membahayakan orang lain.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin memberi amaran kepada orang ramai agar tidak bermain bunga api selepas jam 12 tengah malam
Menurutnya, bermain bunga api selepas jam 12 tengah malam sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang lain adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336], demikian amaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tambahnya lagi, akta berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.
"Bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g. Sekiranya dimainkan secara merbahaya boleh mendatangkan kecederaan. Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat," katanya.
Ingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api dan mengambil langkah keselamatan terutama semasa menyambut mana-mana perayaan
Sementara itu, individu yang sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda pula boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjaran tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!