seismik

Pelajar Malaysia Dikecam Lepas Kecewa ‘After Party’ Persatuan Uni Dibuat Di Kelab Malam

“Berkelab, minum dan berpesta tidak pernah menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia,” dakwa pelajar itu.

Cover image via @anaqii (TikTok) & Ibiza (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar Malaysia telah mencetuskan perdebatan hangat kerana berani bersuara menentang parti selepas anjuran Persatuan Malaysia Universiti Nottingham, yang diadakan di sebuah kelab malam

Persatuan Malaysia Nottingham, ialah sebuah kumpulan untuk pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Nottingham di England, mereka sering menganjurkan pelbagai acara sepanjang tahun, termasuk lawatan, sesi sukan, peluang melancong dan banyak lagi.

Namun, baru-baru ini tular apabila persatuan berkenaan telah menganjurkan satu acara 'after party' di sebuah kelab malam di sana.

Menerusi video di TikTok, seorang pelajar bernama Aisyah telah mengkritik after party yang telah dianjurkan itu, dia menegaskan bahawa ia "tidak selaras dengan amalan Islam" kerana pelajar di situ kebanyakan adalah agama Islam.

Dia juga menyuarakan kebimbangan mengenai sikap tidak hormat yang dianggap menjemput semua pelajar, tanpa mengira kepercayaan agama mereka, ke acara seumpama itu.

"Berkelab, minum dan berpesta tidak pernah menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia, kita mempunyai cara perayaan kita sendiri, jadi kenapa perlu menikmati aktiviti yang bukan sebahagian daripada budaya kita?" jelasnya.

Pelajar itu mengakhiri video itu dengan menawarkan peringatan kepada semua rakyat Malaysia dan menggesa mereka untuk mengelak daripada menyertai 'aktiviti tidak sihat'.

Lihat video itu di bawah:

Ia turut mendapat perhatian seorang pemuda yang juga merupakan pelajar di sana dengan memberi pandangannya

Menurut pemuda yang bernama Anaqi itu, dia tidak setuju dekat kenyataan yang dikeluarkan oleh Aisyah kerana 'minum' juga merupakan sebahagian daripada culture di Malaysia.

"Drinking alcohol isn't Islamic, but it's definitely a big part of other cultures here in Malaysia. The Dayak craft 'tuak' from local ingredients, the Chinese shout 'Yam Seng' while toasting drinks.

"We need to accept the fact that we're not the only ones in Malaysia and we don't get to decide what's Malaysian for everyone," katanya.

Kenyataan Anaqi itu mendapat reaksi ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakannya.

Lihat video itu di bawah:

Namun, menerusi tinjauan di media sosial ada yang menyokong dengan kenyataan daripada Aishah kerana 'minum' bukanlah budaya masyarakat Malaysia terutama beragama Islam.

Nottingham Malaysian Society telah mengeluarkan penjelasan berhubung isu tersebut

Dalam hantaran di Instagram pada 24 November, mereka menekankan bahawa Sukan Malaysia Nottingham adalah acara yang tenang dan tanpa alkohol, sepenuhnya berasingan daripada pesta selepas itu.

Mereka menyatakan bahawa majlis selepas itu mematuhi garis panduan kesatuan pelajar universiti dan "tiada sesiapa yang diwajibkan atau dipaksa untuk mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang mereka tidak mahu".

Ia juga menjelaskan bahawa mereka mahu mengadakan pesta selepas tahun ini kerana terdapat permintaan besar untuknya selepas perlawanan tahun lepas.

Lihat hantaran itu di bawah:

Kalau Islam tu tak perlulah minum kan? Semua dah besar pandailah jaga diri ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: