seismik

[VIDEO] Wanita Kongsi Pengalaman Beranak Di Hospital Kerajaan - "Dia Marah I Macam Tu"

Kenapa tak cakap elok-elok hmm.

Cover image via @roykurus_sihat (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, sudah pasti mempersiapkan pelbagai proses kelahiran mereka

Ia termasuklah untuk mencari hospital bagi proses kelahiran mereka nanti. Di Malaysia, banyak sebenarnya hospital bersalin yang boleh anda tempah. 

Namun, itu semua terpulang pada bajet masing-masing kerana bukan semuanya mampu milik betul tak?

Hospital yang selalu menjadi pilihan adalah sudah tentunya hospital kerajaan kerana harganya yang murah. Tetapi, lain pula yang terjadi pada wanita ini apabila dia berkongsi pengalaman 'seram' bersalin di hospital kerajaan.

Dakwa dapat layanan yang teruk lepas bersalin

Menerusi video tersebut, dia berkongsi pengalaman bersalinnya ketika berada di sebuah hospital kerajaan.

Menurutnya, ketika itu adalah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi suaminya tidak dibenarkan masuk atas sebab keselamatan kesihatan.

Dia memberitahu pelbagai situasi yang berlaku semasa di hospital antaranya doktor dan jururawat yang bergaduh mulut semasa yang lain sedang menahan contraction. Difahamkan, dia terpaksa lahir secara bedah atas sebab tertentu.

Apa yang paling membuatkan dia ingat sampai sekarang adalah layanan yang diberikan oleh jururawat yang menjaganya ketika itu. 

"Ada satu malam baby I tak nak berhenti menangis, I dah buat macam-macam, tukar pampers, bagi susu, tapi tetap sama"

"I tekan button panggil nurse datang untuk tolong I tenangkan baby tu, lepastu nurse tu datang degan muka berlagak"

"Dengan sakit scissor ni kita minta tolong dia lepastu dia cakap "habistu puan nak saya buat apa?," katanya.

"Pada yang kecam-kecam orang nak bersalin swasta ni kan, inilah sebabnya tau" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pengalaman sama mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 486.9K views, 12.1K likes dan 1,964 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@roykurus_sihat

Banyak lagi sbrnya pekara yg berlaku tapi i xboleh nk story hehe Tapi yg pasti memang trauma giler bersalin hosp gov Korang share la pengalaman korg dekat komen

Suspense, horror, piano and music box - takaya

Ada bajet lebih lepas ini bolehlah merasa bersalin dekat swasta :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: