Wanita Sedih Ibu Strok Sampai Muntah Nak Tunggu Giliran Jumpa Doktor Di Hospital Kerajaan
Hmm, kesiannya dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Banyak kita boleh lihat perkhidmatan dan fasiliti yang diberikan kerajaan pada hari ini
Sememangnya ia sedikit sebanyak telah membantu dan memudahkan kita termasuklah dari segi perkhidmatan kenderaan awam, hospital, klinik dan sebagainya.
Namun, ada juga perkara yang kurang enak didengar dikongsikan di media sosial bila bercerita mengenai kakitangan kerajaan kerana pelbagai masalah yang timbul.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita berkongsi layanan buruk yang diterima daripada staf di hospital kerajaan telah mendapat perhatian.
Ibu dah alami strok tetapi masih tidak dibenarkan jumpa doktor
Wanita berkenaan yang merupakan anak kepada warga emas itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila keadaan ibunya, yang menghidap penyakit strok menjadi lebih teruk selepas terpaksa menunggu lebih satu jam untuk mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.
Dia berkongsi telah membawa ibunya ke Klinik Pakar Ortopedik dan Unit Radiologi pada Selasa lalu bagi melakukan sinar-X dan telahpun diberikan borang untuk tujuan rawatan itu sebulan yang lepas.
Walau bagaimanapun, kakitangan di bahagian pendaftaran menyuruh ibunya menunggu giliran untuk berjumpa doktor meskipun ibunya berada dalam keadaan lemah di atas kerusi roda.
“Sampai di kaunter pendaftaran x-ray aku diberi nombor giliran dan tunggu. Mak mula pening dan aku terus ke perempuan (kakitangan) tadi (menjelaskan) Puan, mak saya stroke, tak boleh duduk lama, itu dia dah terbongkok mula pening dan muntah, dia boleh jawab ‘habis tu’,” tulisnya.
Malah, dia sebaliknya diminta untuk memarahi pula kakitangan yang menjaga di bahagian pendaftaran awal kerana masalah yang dihadapinya, manakala keadaan ibunya bertambah buruk sehingga mengalami muntah-muntah dan terpaksa ditadah menggunakan tangannya.
Selepas kejadian itu, dia yang berada dalam keadaan marah dan sebak terus membawa ibunya pulang kerana kecewa dengan layanan yang diberikan.
Difahamkan, selepas tular video itu Jabatan Kesihatan Melaka (JKNM) telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan siasatan sedang dilaksanakan berhubung dakwaan terhadap kualiti perkhidmatan Hospital Melaka dan masih berada dalam siasatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!