seismik

[VIDEO] Teman Lelaki Belajar Bahasa Isyarat Demi Nak Kenal Dengan Kekasih OKU Curi Tumpuan

Sweet pula tengok live mereka.

Cover image via @nurirdinaco (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tipulah kalau kita tak pernah ada crush dekat seseorang yang kita minat betul tak?

Kadangkala kita sampai tahu apa makanan kegemarannya, malah sanggup buat apa saja untuk mendapatkan perhatiannya sehingga dia jadi milik kita.

Ia terpulang kepada usaha seseorang itu sendiri untuk menarik perhatian orang yang disukai. Seperti video di TikTok ini yang memaparkan seorang pemuda sanggup belajar bahasa isyarat demi berkomunikasi dengan lebih baik bersama kekasihnya.

Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda yang dikenali sebagai Hakkim semasa itu sedang membuat live di TikTok bersama kekasihnya.

Difahamkan, gadis itu adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran. Namun, usaha pemuda berkenaan yang dilihat seperti handal berbahasa isyarat semasa live berkenaan.

Perbualan mereka mendapat perhatian netizen yang memasuki live mereka itu dengan pelbagai komen.

"Definition of if he want, he would" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan kata-kata positif buat mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 743.2K views, 3.4K repost dan 9.2K likes di X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di X:

Lihat video itu di bawah:

Orang kalau dah sayang, apa saja dia sanggup buat :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: