Orang Awam Bantu Angkat Kereta Halang Jalan Raya, Owner 'Selfish' Sampai Sudah Tak Datang
Menyusahkan orang betul.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai pengguna jalan raya, adalah penting untuk kita mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
Tambahan lagi jika kita memandu kenderaan, kita tidak boleh parkir di merata-rata kawasan yang tidak dibenarkan. Walaupun sekejap, janganlah kita pentingkan diri sendiri sehingga boleh menyusahkan pengguna lain.
Situasi itu sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila sebuah kereta yang menghalang jalan raya terpaksa diangkat oleh orang awam.
Bas tak muat lalu, orang awam kerjasama alih angkat kereta
Menerusi video berkenaan, seorang individu berkongsi situasi ketika berada di sebuah jalan raya yang kecil. Dapat dilihat beberapa buah kereta telah parkir kereta mereka di tepi kaki lima jalan sehingga menyebabkan bas susah untuk melaluinya.
Salah sebuah kereta di situ menyebabkan pemandu bas tidak dapat meneruskan kerana akan berlaku perlanggaran. Pemandu bas berkenaan telah memberikan hon berkali-kali tetapi pemilik kenderaan masih tidak muncul.
Oleh kerana itu, orang awam yang berada di situ membuat keputusan untuk bersama mengangkat kereta tersebut dan alih ketepi.
Selepas beberapa minit, akhirnya polis trafik datang dan menarik kereta Perodua Bezza itu. Situasi itu ternyata mencetuskan kemarahan ramai, tambahan lagi apabila pemilik kenderaan itu tidak muncul-muncul.
"Aku rasa owner ada situ tolong angkat kereta. Tak mahu reveal owner takut kena ketuk" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 531.9K views, 3.7K repost dan 4.7K likes di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!