seismik

[VIDEO] Anwar Gesa Hentikan Kekejaman & Pembunuhan Di Gaza Ketika Berhadapan Dengan Biden

Difahamkan, ucapan itu tidak siarkan secara langsung kepada umum.

Cover image via PMO Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan mesej yang keras dan tegas di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ketika berucap pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco baru-baru ini

Beliau menyeru agar menghentikan pembunuhan wanita dan kanak-kanak. Kerana setiap hari yang berlalu bermakna lebih banyak bayi dibunuh. Selepas itu Israel akan mengejar solusi (penyelesaian) akhir.

Anwar turut menekankan bahawa pemimpin dunia perlu memberi keutamaan kepada keamanan dan hak kemanusiaan.

“Saya menyatakan ini kerana penting bagi APEC untuk memahami dan bekerjasama; kepercayaan antara negara-negara anggota. Jika kita gagal (tetapi) tidak sepenuhnya (jika) kita telah menyatakan komitmen dalan dokumen (APEC); isu Ukraine dan Palestin seluruh dunia akan melihat pengekangan” ucap Anwar.

Anwar Ibrahim (belakang, tengah) dan Joe Biden (depan, kanan) pada Pemukiman Pemimpin APEC di San Francisco, California.

Image via Berita RTM

Perdana Menteri itu kemudian mengakhiri hujahnya dengan menyatakan bahawa penting sebagai komuniti antarabangsa untuk bangkit dan mengelak masalah ini daripada terus berlaku.

“Saya akhiri hujah saya dan menantikan kepimpinan anda (Joe Biden) yang berterusan pada 2024. Saya juga telah menyatakan kepada Presiden Peru (Dina Boluarte), untuk memastikan kebimbangan ini didengar kerana kita bersatu dalam isu ini. Terima kasih,” kata Perdana Menteri.

Ucapan beliau telah sempat dirakam oleh jurukamera yang menggunakan telefon bimbitnya ketika ucapan tersebut disiarkan kepada wakil pemimpin negara yang berada di ruang menunggu.

Difahamkan, ucapan tersebut tidak disiarkan secara langsung kepada umum kerana Amerika Syarikat cuba mengawal kandungan ucapan yang boleh dikeluarkan.

Malah, siaran langsung ucapan berkenaan telah dihentikan selepas ucapan pembukaan Presiden Biden dan kemudian mesyuarat diadakan secara tertutup tanpa media kecuali media pihak Amerika Syarikat.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: