seismik

[VIDEO] “Kenapa Tun Tak Suka Saya?” - Ini Jawapan Balas Dr Mahathir Kepada KJ

Selamba je KJ tanya soalan tu ya.

Cover image via Keluar Sekejap (YouTube)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini apabila podcast 'Keluar Sekejap' oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan mendapat perhatian netizen di media sosial

Ia selepas viral sebuah video memaparkan Khairy bertanyakan kepada Tun Dr Mahathir Mohammad "kenapa Tun tak suka saya?".

Namun, Tun Mahathir dilihat tenang ketika menjawab soalan itu dan memaklumkan beliau tidak menyukai Khairy Jamaluddin kerana bekas menteri kesihatan itu pernah bertanding dengan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Pasal awak bertanding dengan anak saya, ibu mertua awak berkempen untuk awak. Itu yang saya diberitahu,” jelas Dr. Mahathir.

“Dan your mother-in-law kempen untuk you,” tambah Mahathir lagi merujuk kepada Tun Jeanne Abdullah, isteri bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau bagaimanapun meminta agar perkara itu tidak dibincang lebih panjang apabila Khairy Jamaluddin turut menyangkal dakwaan mengaitkan ibu mertuanya itu.

“Mana ada Tun,” balas Khairy yang terkejut dengan Jawapan Mahathir itu.

“Orang ceritalah,” jawab Mahathir lagi.

Untuk rekod pada Mac 2009, Khairy menewaskan Mukhriz dan bekas menteri besar Selangor, Khir Toyo dalam pertarungan tiga penjuru untuk merebut jawatan ketua Pemuda Umno.

Sebulan kemudiaan Abdullah yang juga bapa mentua Khairy meletak jawatan sebagai perdana menteri dan tempatnya digantikan oleh Datuk Najib Razak sebagai timbalan perdana menteri ketika itu.

Lihat video itu di bawah:

Terjawab sudah segala persoalan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: