Ramai Pengantin Tak Solat Masa Majlis Kahwin, Dakwaan Lelaki Ini Undang Reaksi Ramai
Hmm?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis perkahwinan merupakan momen yang tak akan dapat dilupakan oleh pasangan pengantin
Pada masa inilah tetamu dijemput untuk meraikan hari bahagia mereka bersama. Kehadiran tetamu sudah tentunya memeriahkan lagi suasana.
Namun, sebagai pengantin yang beragama Islam, waktu solat juga sangat penting dan perlu dijaga walaupun pada hari perkahwinan.
Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki memberikan komennya terhadap pengantin yang tidak menjaga solat.
Menurutnya, ramai pengantin yang tidak menjaga solat kerana bersanding sebelum Zohor menyebabkan waktu mereka sangat terhad.
Malah, kebiasaannya pengantin selepas bersanding akan memotong kek, makan beradab dan sehinggalah pada sesi fotografi. Ia menyebabkan masa mereka padat dan tidak ada masa untuk solat.
"Solat wajib, kau nak anak kau kahwin bahagia tapi Tuhan yang beri bahagia kau tinggalkan. Sujudlah tak sampai 5 minit. Mak bapa pengantin asyik tadah duit je. Kau jangan risaulah rezeki Allah bagi," ujarnya.
"Jangan bersangka buruk, saya dan keluarga solat je" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan komen mereka mengenai isu itu.
Malah, ramai yang memberi pendapat mereka masing-masing. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 750.1K views, 44K likes dan 955 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!