seismik

Ambil Gambar Banyak Sekali Gus, Ramai Baru Tahu ‘Trick’ Yang Diguna Jurufoto Ini

Oh macam tu ke.

Cover image via @dmsphotography (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, ramai yang sudah pun memiliki telefon berkamera

Seiring dengan peredaran zaman lah kan? Dengan adanya telefon yang mempunyai kamera ia lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Malah, banyak juga telefon canggih kita boleh lihat sekarang.

Bukan itu saja, kadangkala ada juga trick dan cara yang mengambil gambar betul dari telefon dikongsikan di media sosial.

Situasi itu sama seperti video di TikTok ini apabila cara seorang jurugambar mengambil foto dari sebuah telefon telah mencuri tumpuan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ketika itu sedang berlangsung sebuah majlis perkahwinan di negara jiran, Indonesia.

Namun, seorang individu sempat merakam cara jurugambar ini mengambil gambar tetamu daripada telefon bimbit.

Dia dilihat menekan butang gambar dan slide ke bahagian kiri secara perlahan untuk mendapatkan petikan gambar yang lebih lama dan banyak.

"Hahaha terus aku buka camera, wah betul bolehlah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 24.8M views, 942.2K likes dan 8,111 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Korang punya kamera jadi tak?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: