seismik

"Tenang Je Suami Dia" - Isteri Prank Suami Cakap Isi Minyak Petrol Pada Kenderaan Diesel

Nasib baik suami dia tak cepat marah.

Cover image via @carmeliaz (TikTok) & Toyota

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya kita akan mengisi minyak petrol untuk kenderaan kita supaya ia dapat bergerak

Tetapi, bukan semua kenderaan menggunakan minyak petrol kerana ada juga yang menggunakan diesel.

Bezanya di sini adalah enjin diesel dicipta untuk menghasilkan mampatan besar pada rev (rpm) rendah. Kenderaan diesel juga dihasilkan lebih kuat daripada segi bahan untuk menampung berat muatan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita membuat gurauan kepada suaminya selepas memberitahu tersalah mengisi minyak telah mendapat perhatian.

Trak guna minyak diesel tapi prank cakap guna petrol

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa dia sedang berbual bersama suaminya menerusi panggilan.

Difahamkan, dia mahu membuat prank kepada suaminya dengan memberitahu dia telah salah mengisi minyak kenderaan tersebut. Sepatutnya dia mengisi minyak diesel tetapi dia memberitahu dia telah mengisi minyak petrol.

Namun, reaksi tenang suaminya yang tidak cepat gelabah dan marah itu ternyata telah mendapat pujian ramai.

"Kau punya husband ni kak. Sejuta dalam 1, suami rare tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut terhibur dan memberikan reaksi mereka selepas mendengar respon suaminya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 70.1K likes dan 3,645 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@carmeliaz

Sikit lagi aku kena talak prank kata x sengaja ter isi petrol kat hailak dia instead of diesel..

original sound - Si Pesek

Rileks je suami dia, nasib baik tak cepat gelabah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: