Belanja Bayarkan Makanan Kereta Belakang, Sekali Terciduk Dengar Harga - "Ikhlas Jelah"
Murah rezeki kak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Membeli makanan kini lebih mudah dengan adanya perkhidmatan seperti pandu lalu
Kita tak perlu keluar untuk beratur beli makanan lagi, guna saja perkhidmatan ini. Tetapi, perkhidmatan seperti ini kebiasaannya banyak berada di restoran makanan segera.
Namun, pernahkah anda mempunyai pengalaman dibayarkan makanan oleh orang di kereta hadapan? Kalau ada pasti seronok bukan? Murah rezeki dia!
Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita ini ketika membeli makanan di pandu lalu, namun lain pula yang jadi.
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan ketika itu mahu membayar selepas membuat pesanan.
Tetapi, cashier tersebut memberitahu bahawa makanannya itu telah pun dibayarkan oleh kereta di hadapannya. Situasi itu membuatkan dia terkejut.
Oleh kerana itu, dia pula ingin membayarkan makanan untuk orang di kereta belakang. Namun, apa yang mencuit hati adalah dia terkedu seketika selepas mendengar jumlah makanan dipesan kereta belakang yang berharga RM200. Difahamkan, ini hanyalah lakonan semata.
"Ahahaha kalau aku fikir 10 kali dah, tapi tak apalah sedekah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen juga turut terhibur dan memberikan reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 87.8K likes dan 1,449 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!