seismik

Goreng Keropok Dengan Pasir Pantai Di Terengganu Curi Tumpuan - "Bila Minyak Masak Mahal"

Lain daripada yang lain cari goreng ni.

Cover image via @payabungahotelterengganu (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita pasti akan menggunakan minyak masak untuk memasak atau menggoreng sesuatu makanan betul tak?

Tak menjadi sebenarnya masakan kita kalau tidak guna minyak masak ini. Tambahan lagi, bagi bahan yang betul-betul memerlukan minyak untuk memasaknya.

Lain pula dengan video di TikTok ini apabila peniaga di Terengganu menggunakan pasir untuk menggoreng keropok telah mendapat perhatian ramai.

Tunjuk demo guna pasir untuk goreng keropok

Menerusi video tersebut, seorang pengguna TikTok berkongsi tentang seorang peniaga menunjukkan keunikan menggoreng keropok menggunakan pasir.

Malah, semasa menggoreng keropok, peniaga berkenaan turut memberitahu beberapa informasi mengenainya.

"Goreng pakai pasir ini, tak selaju goreng dengan minyak. Kalau dengan minyak, apabila dah kembang kita dah boleh angkat. Ini tak, kita kena gali dan kambus balik keropok," jelasnya.

Difahamkan, video ini adalah demo cara goreng keropok guna pasir semata-mata yang diadakan di muzium Negeri Terengganu dan tidak dijual atau dikomersilkan di mana-mana.

"Minyak masak payah nak dapat. Kalau tak ada boleh goreng guna pasir" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan persoalan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 739.8K views, 4,783 likes dan 374 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Kalau minyak mahal, lepas ni guna pasir jelah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: