Fadzilah Kamsah Cakap Aliff Satar Satu-Satunya Lelaki Bernama Alif Yang Berkenan Di Hati
Aliff Satar jangan hampakan Tok Abah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini kecoh mengenai berita tentang pempengaruh sosial media, Alif Teega yang sudah berkahwin dua
Berita itu ternyata telah mengejutkan ramai pihak termasuklah netizen yang memberikan pelbagai reaksi mereka di media sosial.
Namun, nama-nama Alif yang lain pula dipetik sekaligus menjadi seperti 'harapan' ramai supaya mereka tidak membuat perangai. Antaranya adalah Aliff Satar.
Ia turut mendapat tumpuan pakar motovasi terkenal, Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang juga memberikan reaksinya.
Lihat hantaran itu di bawah:
Menerusi hantaran di platform X, beliau telah memuat naik satu hantaran yang menarik perhatian dan ramai yang sudah tahu ia ditujukan kepada siapa.
Beliau berkata lelaki bernama satu-satunya Alif yang berjaya menambat hatinya hanyalah selebriti Aliff Satar.
Perkara itu ternyata mendapat reaksi Aliff Satar sendiri yang turut memberikan komen.
"Saya segan sebab pujian itu mungkin datang daripada berita negatif orang lain. Ia mungkin kedengaran kelakar dalam media sosial, tapi kehidupan orang lain yang terjejas dan banyak hati terguris mengenainya.
"Jadi, Fadzilah komen itu Alhamdulillah, tapi segala pujian itu semuanya bagi Allah. Saya sedikit pun tak rasa bangga dengan pujian. Orang boleh cakap apa-apa sama ada negatif atau positif," katanya.
"Dato Dr Haji memey kenal barey" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih 104 comments, 13K repost dan 28K likes di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!