seismik

DJ Radio Terkejut, Pemanggil Bangga Dedah Cerita Jadi 'Penyondol' Rumah Tangga Orang Lain

Berani kau kak.

Cover image via TikTok

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kes melibatkan orang ketiga sekarang berlaku di dalam rumah tangga

Sudah tentu kes ini memang mendatangkan marah terutama sekali bagi pasangan yang berdepan dengan situasi ini.

Namun, betul lah orang kata kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, kalau sudah melayan pasti akan berlaku kes curang.

Lain pula yang terjadi apabila tular sebuah video apabila seorang pemanggil di radio bangga menceritakan perkara yang dilakukannya.

Image via TikTok

Bangga jadi perampas dalam rumah tangga orang

Menerusi video tersebut, mereka ketika itu telah menerima sebuah panggilan daripada seorang pemanggil. Tidak dipastikan apakah topiknya pada masa itu.

Namun, wanita yang dikenali sebagai Yaya itu menceritakan kisahnya menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga kekasihnya.

"I suka dengan apa yang I buat ni. I tak nak berpoligami bukan sebab I tak tahu dia mampu atau tidak, tapi I tak suka share," ujar wanita itu.

Malah, dia juga memberitahu status di media sosial bukanlah penentu kebahagiaan seseorang kerana ada kalanya itu adalah disebaliknya daripada kehidupan sebenar. Situasi itu membuatkan mereka terkejut dengan tindakan beranai wanita berkenaan.

"Tak suka share, tapi cari yang dah jadi kepunyaan orang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 219.7K views, 7,642 likes dan 584 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok

Lihat video itu di bawah:

@era.je Uish panas ni. Haha Yaya awak memang berani la eh. Jadi memang tak boleh percaya dengan posting pasangan kat sosial media ni. Luar nampak happy, tahu tahu ada masalah #sharERA original sound - ERA

Aduhai, berani betul dia cerita macam tu je :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: