seismik

Power Bank Air Garam Ciptaan Pelajar MRSM Menang Anugerah Antarabangsa Di Switzerland

TAHNIAH!

Cover image via www.bharian.com.my

Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu, Terengganu mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas dan Anugerah Keseluruhan Terbaik dalam Pameran Reka Cipta Antarabangsa di Geneva, Switzerland

Ahmad Asyraf (kiri) dan Ahmad Luqmanul (kanan) serta guru pengiring, Anuar Ghani (tengah) bergambar bersama pingat yang dimenangi.

Image via maratv.my

Kemenangan itu diraih Ahmad Asyraf Aqil Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim Ahmad Tarmizi, 17 yang diiringi guru mereka Anuar B. Ghanimelalui ciptaan mereka 'Power Bank: EXIECO PB' sekaligus menewaskan 1,000 peserta lain daripada 48 buah negara yang turut bertanding.

Berkongsi kegembiraan tersebut, Ahmad Asyraf Aqil berkata idea rekaan power bank yang kuasanya dijana melalui air garam itu, tercetus daripada pengalamannya berdepan masalah bekalan elektrik ketika rumahnya dilanda banjir.

Pelajar berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata idea itu kemudian dikembangkan kepada rakan-rakan di MRSM sebelum memutuskan untuk membangunkan produk mesra alam tersebut.

bernama.com

Powerbank : EXIECO PB mengandungi bahan-bahan seperti aluminium, arang serta air garam, yang mampu untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas apa-apa peranti telekomunikasi dan gajet

Image via maratv.my

Menurut Asyraf, selain mampu menghasilkan tenaga sehingga 6.5 volt, rekaan yang dikhususkan untuk pengecasan telefon pintar itu juga adalah ringan, mesra alam dan mesra pengguna.

"Alat ini tidak perlu dicas menggunakan elektrik, sebaliknya hanya perlu menggunakan air garam untuk menjana kuasa elektrik.

bharian.com.my

"Penggunaan power bank ini tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pengguna kerana mesra alam dan MRSM juga telah menghantar ciptaan kami ini kepada pihak berkenaan untuk dipatenkan," katanya.

bernama.com

Lebih menggembirakan, produk ciptaan mereka telah menarik perhatian wakil daripada beberapa negara seperti Nigeria dan Algeria yang berhasrat untuk memasarkannya di negara masing-masing selepas dipatenkan

Image via maratv.my

Hasrat itu telah disampaikan kepada pihak MRSM untuk menguruskannya kerana banyak prosedur yang perlu dipatuhi dan dipenuhi sebelum ciptaan tersebut dapat dipasarkan di negara berkenaan.

“Kami juga sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada pihak SIRIM bagi tujuan memasarkan produk inovasi ini di bawah MARA sendiri”, katanya.

maratv.my

Dikhabarkan, harga jualan juga mampu milik iaitu sekitar RM46 seunit kerana menggunakan seumber yang senang diperoleh.

Manakala bagi Ahmad Luqmanul Hakim pula, kejayaan itu merupakan sesuatu yang diimpikan setelah hampir dua tahun mereka menumpukan tenaga dan kreativiti bagi menghasilkan ciptaan tersebut

Image via maratv.my

Katanya lagi, selain untuk membuktikan keupayaan diri, kemenangan itu juga membantu mengharumkan lagi nama MRSM dan Malaysia di persada dunia, khususnya dalam arena penciptaan inovasi baharu.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sementara itu:

You may be interested in: