seismik

Trend Terbaru, Pelajar Sekolah Gores Tangan Sampai Berparut Sebab Mahukan Kebebasan?

Anak-anak (murid sekolah) melakukan perkara ini kerana inginkan susuatu kebebasan dan mencabar.

Cover image via SAYS

Baru-baru ini, sekeping gambar sekumpulan murid lelaki yang menggores belakang tapak tangan sehingga meninggalkan parut telah viral di laman sosial

Berhubung perkara itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima kes tersebut berlaku di negeri ini.

Image via Sinar Online

Beliau berkata perbuatan tersebut pernah wujud dan kerap berlaku sekitar tahun 80-an dan 90-an dan dijangkakan memang ada berlaku di sekolah

"Namun, perbuatan itu adalah gejala lama yang berulang setiap kali anak-anak (murid sekolah) inginkan susuatu kebebasan dan mencabar, selain mewujudkan geng tertentu atau seolah-olah melambangkan persaudaraan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penularan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai perbuatan gores belakang tapak tangan sehingga meninggalkan parut dipercayai sekumpulan murid sekolah berpandukan pakaian seragam digunakan.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat.

Image via BH Online

Beliau juga meminta supaya ibu bapa memerhatikan tangan anak masing-masing serta menasihatkan mereka

"Jika sesiapa mengetahui perbuatan ini dilakukan oleh murid-murid, kita minta maklumkannya kepada JPN untuk tindakan segera diambil," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel mengenai pelajar sekolah:

You may be interested in: