seismik

Tak Praktikal Langsung! - Netizen Pertikai Sistem Punch Card Kehadiran Murid Di Terengganu

Sebanyak enam buah mesin 'punch card, telah disediakan mengikut tahun murid di sekolah terbabit bagi memudahkan semua murid.

Cover image via SAYS

Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak menjadi sekolah pertama di Terengganu yang menggunakan mesin punch card untuk merekodkan kehadiran murid ke sekolah, lapor Harian Metro semalam

Menurut, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafuddin Ali Hussin, 900 murid menggunakan mesin punch card itu untuk sesi persekolahan hari ini sebagai usaha untuk meningkatkan tahap disiplin murid.

"Ia inovasi baru di sekolah dan kami bangga kerana pembaharuan ini adalah yang pertama di negeri ini.

"Bagi sistem ini, setiap murid perlu merakam waktu kedatangan sebelum 7.40 pagi setiap hari manakala pulang, pada 4.30 petang selepas Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)," katanya.

hmetro.com.my

Murid akan dikenakan tindakan disiplin, sekiranya mereka datang lewat tiga kali berturut-turut

"Sebelum tindakan disiplin dikenakan, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa bersabit kelewatan anak-anak mereka ke sekolah.

"Selain mendidik dan membentuk sahsiah murid ia juga dapat melatih murid supaya lebih berdisiplin," katanya lagi.

Dilaporkan sebanyak enam buah mesin punch card telah disediakan mengikut tahun murid di sekolah terbabit bagi memudahkan semua murid.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap usaha baru yang dilakukan oleh sekolah ini bukanlah usaha yang baik untuk dilaksanakan

1. "Tak praktikal langsung"

2. "Lagi membazir. Macam mana kalau habis kelas lambat?"

3. "Tunggulah 5 hari, ada gambar power rangers kat situ"

4. "Macam dah tak ada akal"

5. "Makin lama makin gila"

6. "Jamin sekejap saja ni"

Namun dalam pada itu, ada juga yang menganggap usaha yang dilakukan sekolah ini adalah sangat bagus dan pendekatan baru ini wajar dijalankan

1. "Be positive. Mereka lebih faham isu mereka."

2. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"

3. "Mendidik murid untuk berdikari dan bertanggungjawab"

Tonton video perlaksanaan sistem baru sekolah tersebut di bawah:

Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Terengganu, memperkenalkan penggunaan mesin merakam waktu atau 'punch card' dikalangan murid.

Pengenalan mesin merakam waktu itu bertujuan untuk memastikan murid menepati waktu dan murid tidak lewat ke sekolah.

Menurut Guru Disiplin SK Kompleks Laili Omar ketika ditemui berkata mesin merakam waktu ini juga amat penting kerana dapat mengatasi masalah ponteng di kalangan murid.

Sekiranya murid datang lewat tiga kali berturut-turut, murid akan dikenakan tindakan disiplin.

Sebelum tindakan disiplin dikenakan, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa bersabit kelewatan anak-anak mereka ke sekolah.

Selain mendidik dan membentuk sahsiah murid ia juga dapat melatih murid supaya lebih berdisiplin.

Pada hari ini juga, 900 keping kad perakam waktu diedarkan kepada murid disekolah itu.

Majlis perasmian penggunaan mesin perakam waktu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Safruddin Ali Hussin.

Posted by Buletin TV3 on Wednesday, 12 April 2017

Jadi apa pendapat anda? Adakah sistem ini wajar dijalankan? Kongsi bersama kami di ruang komen di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel menarik mengenai murid dan sekolah di SINI:

You may be interested in: