seismik

Pelakon KL Gangster, Sofi Jikan Direman Selama Tiga Hari Kerana Ganja

Beliau diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara.

Cover image via Harian Metro

Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja semalam

Memetik laporan Harian Metro, Pelakon 47 tahun yang dikenali dengan tagline 'kasi sengat' itu direman selama tiga hari selepas perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairol Azhar Mohd Ishak.

Image via postimg.org

Beliau telah diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara jam 11 malam pada Selasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang berkata, pada masa ini dua lagi individu yang dinyatakan oleh Farid sudah menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan

"Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan," katanya.

Katanya lagi, kes Sofi Jikan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta dua lagi individu terbabit dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Image via Harian Metro

Beliau yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 9.03 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman pada 11.25 pagi.


Sebelum ini, Farid Kamil telah membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya rakan artis

Image via Harian Metro

Difahamkan rakan artis beliau telah mencemarkan air minumannya dengan dadah sehingga dia berkelakuan ganas di Balai Polis Kota Damansara sebelum ini.

Tiga rakan artis yang dimaksudkan itu difahamkan adalah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B era 90-an, serta seorang lagi pelakon.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Haritu Datuk Farid Kamil ditahan, ini Sofi Jikan pulak. Apa cerita ni?

Dalam kopi pun ada dadah. Bahaya betul zaman sekarang ni!

AirAsia dah makin advance sekarang!

You may be interested in: