Pelancong Terkejut Ramai 'Malas' Naik Eskalator, Terpaksa Beratur Naik Lif Bawa Stroller
Malas betul nak berjalan ke eskalator ya semua.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika kita ke pusat beli-belah, banyak fasiliti awam yang memudahkan kita untuk bergerak
Zaman sekarang canggih, kita tak perlu penat-penat untuk naik tangga kerana adanya eskalator yang bergerak sendiri.
Malah, ada kemudahan lif juga untuk lebih cepat. Namun, kita juga perlulah berwaspada dengan keadaan di sekeliling.
Kebiasaannya, ibu bapa yang membawa stroller lebih memerlukan penggunaan lif ini untuk mereka bergerak dari tingkat atas dan bawah. Kalau kita seorang diri, lebih baik gunakan eskalator sahaja.
Kejadian itu sama seperti dikongsikan oleh seorang pelancong wanita yang terkejut melihat ramai orang menggunakan lif berbanding eskalator.
Terkejut lihat ramai 'malas' gunakan eskalator
Menerusi video tersebut, seorang pelancong wanita berkongsi dia sedang berada di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur. Dia berkongsi membawa keluarga dan anaknya juga yang berada di dalam stroller.
Namun, apa yang sedikit mengejutkannya adalah dia terpaksa menunggu giliran yang agak lama untuk menaiki lif.
Hal ini kerana ramai orang yang pentingkan diri sendiri tanpa membawa stroller menggunakan kemudahan tersebut berbanding menggunakan eskalator.
"You have to find a lift and you have queue for the lift," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!