seismik

"Slow Sangat Ni" - Pelayan Kedai Selit Nyanyi Lagu Hari Jadi Buat Keluarga Ini Terhibur

Abang okay tak?

Cover image via @dzurinadzulkhaini (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mahukan hari jadi mereka disambut rakan atau hari jadi bukan?

Sambutan hari jadi ini sudah menjadi seperti perkara 'wajib' bila tibanya hari kelahiran kita. Sudah tentulah kita akan merasa gembira bila disambutkan, tak kisahlah bersama keluarga ataupun rakan.

Malah, ramai yang memilih untuk menyambutnya di kedai makan saja supaya mudah dan perut pun kenyang dalam masa yang sama.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang pelayan menarik perhatian semasa menyambut hari jadi pelanggannya.

Tengah syok menyanyi, tiba-tiba pelayan ikut masuk sekali

Menerusi video tersebut, ia menunjukkan ahli keluarga tersebut sedang meraikan hari jadi di sebuah restoran, namun mereka dilihat seperti malu-malu untuk menyanyikan lagu itu.

Disebabkan itu,seorang pelayan memutuskan untuk menyertai mereka dengan menyanyikan lagu Happy Birthday.

Situasi berkenaan membuatkan ahli keluarga tersebut terhibur kerana tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian rupa.

"Haha waiter ni memang. Paling berdedikasi" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 546K views, 60.2K likes dan 1,287 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@dzurinadzulkhaini

I terhibur guys. Teruk gila i gelak ye and tq to this waiter. Terus jadi a memorable funny birthday lunch! Happy birthday to my husband! We love you

original sound - dzurina dzulkhaini

Terus tergelak semua orang tengok awak bang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: