seismik

[VIDEO] Lambat Sangat Tunggu Pihak Berkuasa Tar Jalan Berlubang, Lihat Tindakan Lelaki Ini

Bahaya jalan-jalan berlubang ni.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pemandu kenderaan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berhemah di jalan raya

Jangan pentingkan diri dan boleh menyusahkan pengguna lain di jalan raya. Malah, kita juga perlu lebih berhati-hati kerana ramai yang menggunakan jalan raya ini.

Pasti anda pernah melihat jalan raya yang berlubang bukan? Ia memang merisaukan kerana boleh terjadi insiden yang tidak diingini.

Disebabkan itu, kita perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak jalan berlubang ini. Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang lelaki melakukannya sendiri kerana tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

Image via X

Orang awam di kawasan itu berpakat kumpul duit sama-sama buat sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menulis perkataan 'duit saya' menggunakan cat berwarna kuning di atas jalan raya yang bari diturap.

Difahamkan, ia sebagai tanda dia memberi mesej kepada pihak berkuasa bahawa kerja-kerja baik pulih jalan berlubang itu adalah menggunakan duit orang awam dan bukannya pihak berkuasa.

Menurut video itu, kejadian berlaku di Taman Sentosa, Klang, Selangor.

"Tulah kesian rakyat kita, kena keluar sendri duit padahal kita bayar cukai" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 262.8K views, 1.5K repost dan 3K likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Lihat video itu di bawah:

Harap lepas ini pihak berkuasa lebih peka, kesian pula rakyat yang kena buat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: